GBC Love Wellness: Rutin Pagi vs Rutin Malam, Yang Mana Lebih Penting?
Pernahkah anda rasa dah jaga makan, cukup tidur, tetapi masih penat? Mood tidak stabil, badan lesu, dan emosi selalu tidak menentu? Mungkin masalahnya bukan pada apa yang anda buat, tetapi bilakah anda melakukannya. Menerusi artikel ini, anda akan dapati rutin harian pagi atau malam yang lebih penting demi kesihatan menyeluruh.
Ramai tidak sedar bahawa rutin harian, terutamanya waktu pagi dan malam, memainkan peranan besar dalam menentukan kesejahteraan keseluruhan. Dua waktu ini bukan sekadar transisi antara tidur dan sedar. Ia adalah saat tubuh dan jiwa sama ada dimulakan dengan niat atau ditinggalkan tanpa arah.
Di sinilah GBC Love Wellness masuk sebagai game-changer. Sesi wellness oleh GLAM Beauty Club ini bukan sahaja tentang kecantikan luaran tetapi perjalanan holistik untuk memahami akan tubuh sendiri, merawat emosi, dan membentuk gaya hidup yang seimbang dari pagi hingga malam.
Rutin Harian Pagi: Anda Tentukan Mood Hari Ini

Kredit foto: Getty Images
Bayangkan dua senario.
Pertama: Anda bangun, terus mencapai telefon, minda bercelaru, sarapan entah ke mana, kemudian perlu menghadap trafik dalam keadaan emosi marah.
Kedua: Anda menarik nafas perlahan, regangkan badan, minum air suam, dan tenangkan fikiran sebelum keluar rumah.
Bezanya? Langit dan bumi.
Rutin harian waktu pagi bukan tentang disiplin ketat semata-mata. Ia adalah ruang untuk ‘reset’, tanam niat, dan pastikan anda memulakan hari dari tempat yang stabil.
Rutin Harian Malam: Penutup Yang Menentukan Esok

Kredit foto: Getty Images
Namun sebelum itu, bagaimana ingin memulakan hari dengan tenang jika malam sebelum itu cukup memberi tekanan minda?
Rutin harian waktu malam adalah fasa ‘healing’. Ia bukan sekadar tentang tidur awal, tetapi bagaimana anda memilih untuk menamatkan hari. Adakah anda bawa tekanan kerja ke atas katil? Atau anda luangkan masa untuk diri sendiri, turunkan tekanan dan beri ruang untuk tenang?
Pagi vs Malam: Bukan Tentang Pilih Satu
Ramai yang tertanya, “Rutin harian pagi atau malam lebih penting?” Hakikatnya, kedua-duanya saling melengkapi. Pagi adalah fasa ‘on’, malam adalah fasa ‘off’. Tanpa keseimbangan ini, sistem dalaman kita akan cepat terbeban dan lambat laun, ia akan mula ‘bersuara’ menerusi tanda-tanda yang dikeluarkan oleh tubuh kita sendiri, seperti gastrik dan migraine.
Mulakan Satu Amalan Kecil
Anda tidak perlu ubah hidup 180 darjah. Mulakan dengan satu amalan kecil, satu nafas sedar, satu minit regangan, satu langkah ke arah ketenangan. Bina semula rutin harian yang bukan sekadar sihat, tetapi bermakna. Kerana bila anda kenal tubuh dan ritma diri, hidup akan mula rasa lebih ringan, lebih tenang dan lebih anda.
Jom Sertai GBC Love Wellness!
Sertai kami di acara GBC Love Wellness untuk pengalaman kesihatan dan kesejahteraan yang penuh inspirasi. Isi borang di bawah untuk tempahan tempat anda hari ini!
Artikel berkaitan: GBC Love Wellness: 10 Tanda Anda Perlukan Rehat Total
Farhana Fuad
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.

