Gastronomi Sensual GLAM X Jo Malone London - Glam Malaysia

Gastronomi Sensual GLAM X Jo Malone London

Meraikan malam sensual GLAM X Jo Malone London bersama barisan selebriti terkenal dan himpunan wangian Cologne Intense Collection.

GLAM X Jo Malone London

Jamuan berbuka puasa serba eksklusif nan mewah yang bertempatkan di Cinq Dining, Menara Ken TTDI KL menampilkan barisan tetamu istimewa selebriti dan juga bintang media sosial. Selain hidangan makan malam dijamukan, tetamu juga meluangkan masa di ruang kecil Fragrance Shower yang membariskan barisan lengkap Cologne Intense Collection.

Kala melangkah ke restoran mewah Cinq Dining, aroma Cologne Intense melewati seisi ruang

GLAM X Jo Malone London

Kala melangkah ke restoran mewah Cinq Dining, aroma Cologne Intense melewati seisi ruang dan jambangan bunga berinspirasikan sensual nan tersendiri yang mendapat sentuhan Bravur membuatkan ramai yang tidak sabar untuk menikmati makan malam serba romantis. Majlis dimulakan dengan ucapan kata alu-aluan oleh Direktor Kreatif GLAM, Aizat Aidid dan Cheryl Joannides, Managing Director of Estee Lauder Companies Malaysia.

GLAM X Jo Malone London

Cologne Intense Collection merupakan koleksi wangian unik yang hanya berada di dunianya sendiri. Aromanya cukup memikat dan kuat sehinggakan anda terbawa ke dunia berbeza. Gabungan inspirasi imaginasi dan ritual digabungkan pula dengan pilihan ramuan berharga membuatkan koleksi adalah pilihan peribadi.

See also
Fashionista Paris Menentang Kuasa Alam Dengan Pilihan Fesyen mereka

GLAM

Titik permulaannya sangat misteri dan menyemarakkan mood sensual dengan 9 koleksi wangian berbeza aromanya. Setiap wangian yang dicipta adalah menerusi inspirasi lebih jauh ilhamnya. Tidak lagi hanya dengan landskap tradisi dan ramuan ikonik British. Untuk haruman Cologne Intense lebih menawarkan kehangatan yang mendalam. Lebih lantang aromanya tetapi masih mengekalkan identiti semula jadi Jo Malone London.

Menurut Sharifah Rose dia gemarkan aroma Velvet Rose & Oud! Kerana baunya sangat sesuai dengan personalitinya yang versatil tetapi ada kelembutan.

Cologne Intense

Sebanyak 9 koleksi Cologne Intense yang berada di ruang pameran seperti Oud & Bergamot, Jasmince Sambac & Marigold, Cypress & Grapevine, Myrrh & Tonka, Velvet Rose & Oud, Tuberose Angelica, Scarlet Poppy, Dark Amber & Ginger Lily dan Vetiver & Golden Vanilla. Menurut Sharifah Rose dia gemarkan aroma Velvet Rose & Oud! Kerana baunya sangat sesuai dengan personalitinya yang versatil tetapi ada kelembutan. Manakala Anzalna Nasir lebih selesa dengan pilihannya iaitu Scarlet Poppy. Aroma bunga mekar cetus mood feminin.

See also
Sembang Fesyen: Pearly Wong

Artikel berkaitan Olfaktori Musim Bunga Jo Malone