Use your ← → (arrow) keys to browse
Ratu gimnastik negara, Farah Ann adalah juara di mata GLAM. Kehadirannya ibarat penyeri, GLAM bariskan ilham solekannya yang mencuri perhatian.
Saat yang mendebarkan kala dia beraksi di Olimpik Tokyo menarik tumpuan ramai malahan seluruh dunia. Walaupun tidak layak mara ke peringkat akhir, ini bukanlah satu titik noktah kekalahan malah di mata kami anda tetap JUARA! Selain aksi lincah penuh artistik Farah Ann, sudahkah anda lihat ilham solekannya? Cukup sedondon dengan persalinannya. GLAM bariskan beberapa ilham solekan Farah Ann kala dia beraksi di gelanggang.
PESONA MATA JINGGA
Ilham solekan mata berani sedondon dengan warna persalinan leotard dengan rona jingga terang dioles sempurna dengan garisan lentik winged liner serlahkan mata galak kala beraksi di Olimpik Tokyo 2020. Rambut bersuak kemas bersama ikatan ponytail.