Eksplorasi Aroma Gucci Flora Gorgeous Gardenia - Glam Malaysia

Eksplorasi Aroma Gucci Flora Gorgeous Gardenia

Dunia fantasi Miley Cyrus bersama Gucci Flora Gorgeous Gardenia diadaptasi dalam kempen dipenuhi dengan bunga.Ekspresi sempurna ini lambang aroma bunga khas dalam miliki semangat bebas.

Dunia haruman penuh fantasi kini lengkap bersama Gucci Flora Gorgeous Gardenia, nota aromanya sangat luar biasa nan sensual. Melalui eksplorasi ini, Gucci Flora Gorgeous Gardenia kembali dilancarkan bersama Eau de Parfum, aromanya lebih intensif. Di sebalik nota misteri bunga Gardenia, ia dikatakan mempunyai nilai estetik tersendiri. Lebih menarik digandingkan bersama Jasmine Grandiflorum Absolute, selain diserikan dengan sentuhan Pear Blossom dan kemanisan gula perang meledakan kegembiraan kala memakai.

“The fantasy is being who you are. Tiada sesiapa antara anda yang diperbuat daripada satu ramuan. Kerana anda punya nota aroma berbeza, ada yang subtle atau bold. Sama seperti Gucci Flora Gorgeous Gardenia Eau de Parfum cukup tersendiri, jelas pelantun suara “Midnight Sky” mengenai maksud disebalik #FloraFantasy.

Kehangatan Gucci Flora Gorgeous Gardenia ini turut diraikan bersama wajah kempen Miley Cyrus dengan konteks lebih berimaginasi. Yang diinspirasikan daripada kartun animasi Jepun, serlahkan kecomelan mimik wajahnya, generasi terbaru ini Miley Cyrus bercerita tentang ekspresi dirinya yang optisma dan autentik. Menerusi fantasinya, koleksi Gucci Flora Gorgeous Gardenia turut bertukar siluet baru dengan warna merah jambu berlapis bersama corak bunga istimewa yang dibayangkan semula dalam visi Alessandro Michele. Transformasi Miley Cyrus kepada karakter ilustrasi membawa kepada dunia penuh imaginatif #FloraFantasy.

See also
Capai Kulit Kepala Bersih

 

Menurut Miley, Gucci Flora Gorgeous Gardenia sangat istimewa buat dirinya kerana seperti berada di laman taman di rumah, sangat tidak terkawal dan bebas seperti personalitinya. Sangat melambangkan dirinya yang autentik dan itulah kenapa dia memilih haruman Flora.

Kempen bersifat elektik ini dirakam dan arahan oleh artis Petra Collins yang menampilkan seperti kembara ke ‘Candy Pink World’, selain diinspirasikan daripada animasi Jepun yang tersergam dengan idea pop. Watak Miley Cyrus pula sebagai protagonis yang dikelilingi haiwan peliharaan comel seperti white poodles dan kucing parsi.

 

 

 

 

 

Jurugambar Petra Collins juga merupakan individu pilihan Miley, “I love Petra and her work! Saya cukup teruja apabila dapat bekerjasama dengannya terutama untuk kempen ini. Dia sangat berbakat dan penuh energi sewaktu di set pengambaran”.

“Wangian adalah eksplorasi dan bunga pula mewakili dunia yang tidak terbatas.”
Alessandro Michele

"<yoastmark

 

Artikel berkaitan Gucci Beauty Tonjolkan Mood 80-an Untuk Kempen Bedak Asas Pertamanya

 

See also
Highlighter Ibarat Magis Berbentuk Hati