Eksplorasi Aroma Feminin Good Girl Blush - Glam Malaysia

Eksplorasi Aroma Feminin Good Girl Blush

Kembara istimewa bersama Carolina Herrera di Suria KLCC yang menempatkan ruangan pop-up khas aroma baharu Good Girl Blush.

Carolina Herrera Good Girl Blush

Carolina Herrera sekali lagi menyempurnakan misinya dalam penjelmaan wanita yang berani. Untuk episod baharu buat wangian Good Girl Eau de Parfum, koleksi terkini Good Girl Blush Eau de Parfum merupakan taruhan pertama yang terserlah ledakan kontras berani. Dengan melalui aroma sensual vanila penuh romantis. Inspirasi aroma feminin powdery berbunga ini mencetus kisah Good Girl berbeza.

Carolina Herrera Good Girl Blush

Wajah kempen, supermodel Karlie Kloss bersinar yang kembali dengan semangat personikasinya mengenai Good Girl. Semangat ini ditransformasikan kepada dekorasi serba feminin untuk ruang pengaktifan pop-up Good Girl Blush yang terletak di Aras Bawah Rotunda Ramlee, Suria KLCC. Di ruang esklusif ini, turut menempatkan van vintaj merah jambu yang dibaluti dengan logo Good Girl Blush serta membawa koleksi lengkap Good Girl.

Carolina Herrera Good Girl Blush

Sambil mendekati koleksi baharu Good Girl Blush dan beberapa pilihan eksklusif daripada rangkaian Good Girl Eau de Parfum. Seperti Good Girl Suprême, Very Good Girl dan Very Good Girl Glam. Anda juga boleh bermain Spin the Wheel untuk memenangi sampel percuma wangian dan sekuntum bunga berona merah jambu. Sebagai pelengkap hari anda bersama Carolina Herrera.

See also
Acara Parti 'House Of RE' Rai Ulang Tahun Ke-3 Berlangsung Penuh Meriah

Koleksi terkini Good Girl Blush merupakan taruhan pertama yang mempunyai ledakan kontras berani

Bersama GLAM, tetamu istimewa yang turut meluangkan masa kembara bersama Good Girl Blush. Aktres cantik dan personaliti, Che Puan Syamim Farid dan bintang media sosial Sohair Shoba sangat teruja dengan kembara mereka. Malah, punya pandangan tersendiri mengenai haruman baharu Good Girl Blush. Menurut Che Puan Syamim Farid, aroma Good Girl Blush adalah sweet dan boleh digunakan untuk kegunaan harian samada siang dan malam. Buat penggemar utama wangian Carolina Herrera untuk koleksi Good Girl, dia menganggap koleksi terbaru ini lebih feminin, powdery dan juga segar. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai koleksi baharu Good Girl Blush sila layari Sephora Malaysia.

Artikel terkini Karlie Kloss Sebagai Good Girl Terbaru Carolina Herrera