Dr. Dennis Gross Berkongsi Rahsia Kulit Secantik Bintang Ternama - Glam Malaysia
Dr. Dennis Gross Berkongsi Rahsia Kulit Secantik Bintang Ternama

Dr. Dennis Gross Berkongsi Rahsia Kulit Secantik Bintang Ternama

Your best skin starts with the peel! Explorasi menyeluruh kaedah exfoliate kulit muka adalah rahsia kulit secantik bintang ternama.

Tidak selamanya kekal dalam formasi kulit sempurna. Apabila umur semakin meningkat, kulit memerlukan bantuan segera. Pakar dermatologi, Dr. Dennis Gross setelah membuat kajian beberapa tahun dalam biologi sel dan kesihatan kulit berpendapat bahawa kolagen pada kulit mula berkurangan ketika berumur pertengahan 20-an.

Jika kulit wajah kering pula menyumbang kepada penuaan dengan cepat. Oleh itu, lebih baik mencegah sebelum ia kelihatan. Solusi terbaik adalah melalui produk penjagaan kulit Dr.Dennis Gross yang mengandungi formula aktif dalam memberi kesan kulit bersinar dan sihat secara efektif. Bukan sahaja kulit muka, perjagaan kulit tubuh badan turut diberi perhatian serius menurutnya.

GLAM sempat bersua-muka bersama Dr.Dennis Gross secara iVent untuk mengetahui rahsia dan tip bagaimana untuk memiliki kulit muka persis selebriti A-List seperti Chrissy Teigen dan cara penggunaannya.

Dr. Dennis Gross

Kenapa Alpha Beta Daily Peel wajib digunakan dalam rutin penjagaan kulit?

See also
Sesi Pengalaman Cantik GLAM Beauty Club X Sephora Bersama Ummi Nasir

Kulit muka yang mempunyai pelbagai masalah adalah disebabkan lapisan sel mati dah berada pada permukaan kulit. Oleh itu, Alpha Beta Daily Peel sangat disarankan kerana ia dihasilkan tiga jenis mengikut kesesuaian jenis kulit antaranya Ultra Gentle, Universal dan Extra Strength. Jika kulit jenis berminyak dan punya komplikasi ketara, pilihlah Extra Strength, jika kulit jenis sensitif, kering dan tidak pernah melakukan proses pengelupasan, pilihlah Ultra Gentle dan kulit jenis pertengahan hiper pigmentasi sesuai memilih Universal.

Apakah solusi terbaik untuk masalah kulit jenis Keratosis Pilaris?

Keratosis Pilaris adalah masalah kulit badan yang mempunyai tompok kering dan permukaan kulit menjadi kasar dan keras. Namun, ianya tidak memberbahaya. Oleh itu, Alpha Beta Exfoliating Body Treatment diperkenalkan untuk membantu anda menyelesaikan masalah secara di rumah. Mengandungi  AHAs ( Glycolic Acid, Lactic Acid dan Citric Acid) dan BHAs (Salicylic Acid), Exfoliating Enzymes (Bromelain dan Papain), Biodentical Hydrators (Hyaluronic Acid, Squalane, Saccharide, Isomerate, Phospholipids, Copper PCA dan Zinc PCA dan terakhir Bakuchiol. Bahan aktif membantu setiap jenis masalah kulit.

See also
Kembalinya Istana Christian Dior

Bolehkah Alpha Beta Exfoliating Body Treatment digunakan selepas rawatan waxing?

Boleh tetapi selepasa dua hari rawatan waxing. Ini kerana kulit yang telah melalui rawatan dikhuatiri berada dalam keadaan lembut dan rapuh. Biarkan selama dua hari sebelum menyapu  Alpha Beta Exfoliating Treatment.

Artikel berkaitan Remedi Kecantikan Bahan Semula Jadi