Dimensi Baru Untuk Ritual Skin Caviar - Glam Malaysia
DIMENSI BARU RITUAL SKIN CAVIAR

Dimensi Baru Untuk Ritual Skin Caviar

La Prairie cetus fenomena dalam memperkenalkan ritual penjagaan kulit mewah bersama Skin Caviar.

 

Reinterprestasi daripada Skin Caviar asli yang dicipta pada 1987, La Prairie kembali bersama Skin Caviar Luxe Cream baharu dengan intipati mewah dan lebih unggul. Sesungguhnya, krim ini lambang ikon! Kehadirannya mengubah persepsi dalam ritual cantik lebih bersifat peribadi.

Tahun ini, para saintis di La Prairie mengambil langkah lebih maju dengan mencipta ramuan yang lebih memberi tumpuan dalam menegangkan kulit wajah dengan efektif dan saksama. Gabungan Caviar Micro-Nutrients dan Caviar Premier buat julung kalinya berjaya menyokong metabolism kulit dan akhirnya memulihkan struktur kulit sehingga menampakkan wajah lebih muda.

La Prairie Skin Caviar Luxe Cream

Siapa yang tidak mengenali intipati semula jadi, Caviar yang disifatkan sangat bernilai. Sejak penemuannya oleh saintis La Prairie lebih 35 tahun yang lalu, ramuan ini cukup sempurna memberi manfaat dan menyihatkan kulit wajah kita.  Dan buat pertama kalinya, La Prairie mendedahkan kepentingan khasit Caviar yang berupaya merangsang metabolism kulit. Apabila usia semakin meningkat, aktiviti metabolik kulit semakin berkurangan dan tidak seimbang. Oleh itu, khasiat yang terkandung seperti koktel nutrisi yang kaya dan merangsang laluan metabolik dalam menguatkan seni bina kulit dan membalikkan tanda-tanda penuaan.

See also
Good Girl Blush Eau de Parfum Pilihan Wanita GLAM

Ia cetus fenomena baharu dalam ritual Skin Caviar. La Prairie menggunakan proses transformasi biologi terhadap Caviar semula jadi kepada Caviar Science. Hasilnya, sebanyak 300 nutrien semula jadi yang berbeza berjaya merangsang aktiviti metabolik penting dan menjadi laluan dalam kulit wajah.

La Prairie Skin Caviar Luxe Cream

Perbezaan Skin Caviar tahun ini adalah dengan kehadiran gabungan antara Caviar Micro-Nutrients dan Caviar Premier buat pertama kalinya memberi pengalaman secara optimum dalam meremajakan kulit wajah. Caviar Micro-Nutrient membekalkan tenaga untuk aktiviti metabolik manakala Caviar Premier membantu penjanaan semula aktiviti kulit wajah. Ternyata ia mencipta sinergi yang luar biasa.

Lebih menggagumkan La Prairie mempertingkatkan lagi dengan Exclusive Cellular Complex yang dipatenkan untuk menambah keupayaan Caviar. Barulah hasilnya kulit seperti terasa tegang, anjal dan berseri. Seperti kelahiran baru!

La Prairie Skin Caviar Luxe Cream

La Prairie telah mencipta semula krim Caviar ikoniknya dalam dua tekstur berbeza yang masing-masing mempunyai daya tarikan yang sama. Skin Caviar Luxe Crème teksturnya mewah bab baldu manakala Skin Caviar Luxe Cream lebih bersifat ringan. Setiap krim ini dibaluti dengan kelongsong mewah dalam padanan warna Cobalt Blue. Ia memberi penghormatan kepada karya artis Niki de Saint Phalle. Balang ini telah direka semula dengan menggunakan kaca kitar semula dan boleh dikitar semula. Skin Caviar Luxe Cream baharu adalah ikon mewah yang bersifat kelestarian.

See also
Solekan Mata Jadi Fokus Dior Makeup di Musim Bunga

Dimensi Baru Untuk Ritual Skin Caviar

Untuk mengunci kulit wajah lebih tegang dan berseri, mulalakan dengan Skin Caviar Lifting Essence-in-Lotion untuk menghidrat dan melembabkan kulit terlebih dahulu. Setelah itu, fokus pada bahagian bawah mata bersama Skin Caviar Eye Lift dan Skin Caviar Luxe Eye Cream untuk menegangkan permukaan halus kulit bawah mata. Skin Caviar Harmony L’Extrait membentuk semula dan menghilangkan garis halus, seterusnya Skin Caviar Liquid Lift serum menyerap lembut ke dalam kulit dengan segera. Tidak lengkap ritual tanpa produk yang hangat diperkatakan, akhiri dengan Skin Caviar Luxe Cream atau Skin Caviar Luxe Cream Sheer untuk hasil lebih efektif dan berseri. Jangan lupa krim pelindungan UV anda sebagai penutup ritual penjagaan kulit wajah!

Inspirasi The Cobalt House

Ikon yang dikuasai semula dengan memberi inspirasi kepada La Prairie telah bekerjasama dengan pereka Sabine Marcelis untuk mencipta The Cobalt House, iaitu sebuah astaka yang mengasyikkan membawa anda ke dunia Skin Caviar. The Cobalt House ditayangkan di La Prairie VIP Collectors Lounge di Art Basel pada Jun 2023 dan diikuti dengan pelancaran di seluruh dunia mulai September.

See also
Dapatkan Highlighter Francesca Bridgerton Yang Tular Di TikTok

Artikel berkaitan La Prairie Umum Kolaborasi Bersama Sabine Marcelis Dan The Cobalt House