Coach Wild Rose Pilihan Wanita Alaf Baru
Coach memperkenalkan barisan wangian terkini untuk wanita dan lelaki. Wild Rose dan Coach For Men yang membangkitkan semangat serba romantis dan bebas.
Coach Wild Rose wangian untuk wanita ini diilhamkan dengan pemandangan indah laman bunga liar yang bersemangat bebas. Wajah kempennya turut menampilkan model Lexi Boling terlihat cantik di kelilingi rumput bunga liar pada waktu petang yang diterangi sinar matahari. Kempen ini ditangkap oleh kolaborator Coach, Steven Meisel. Coach Wild Rose mewah dengan aroma yang lembut tetapi berani. Nota atas membuka kepada aroma red currant dan spicy bergamot. Melengkapi keseluruhan wangian, aroma segar bunga mawar halus dan jasmine sambac menghangatkan Crystal Moss kering serta Ambroxan.
Coach Wild Rose mewah dengan aroma yang lembut tetapi berani.
Wangian ini menangkap perasaan kegembiraan di malam musim panas yang romantis. Rekaan botol Coach Wild Rose menampilkan ilham burgundy ombre dan diinspirasikan oleh suasana petang musim panas yang romantik.
Coach For Men pula membangkitkan semangat energetik, seorang lelaki yang gemarkan risiko dan beremosi romantisme. Sifat ingin tahu itulah lambang Coach For Men, malah punya sikap New York, keaslian Amerika. Wangian ini melambangkan semangat Coach, aroma nota asasnya cukup bertenaga iaitu pear Green Nashi yang segar, Bergamot dan Kumquat. Pati serti Buah Pelaga, Ketumbar dan Geranium memikat hati di tengah-tengah nota Vetiver LMR, Sued dan Ambergris.
Coach For Men pula membangkitkan semangat energetik, seorang lelaki yang gemarkan risiko dan beremosi romantisme.
Kempen Coach For Men dibintangi oleh wajah global Coach, Michael B. Jordan dengan hasil kerjasama pengarah seni Fabien Baron, jurugambar Craig McDean dan penata Jane How. Michael B.Jordan serlahkan sifat maskulin dan wajahnya menepati ciri lelaki Hollywood yang tulen. Rekaan botol kaca Coach For Men merujuk kepada warna midnight blue, juga kod ikonik Coach dan memberi penghormatan pada warisanya. Penutup yang disemburkan logam besi berbentuk seperti kunci adalah elemen pertama diperkenalkan pada tahun 1954.