Bunga Orkid Ramuan Rahsia Kecantikan Abadi - Page 2 of 3 - Glam Malaysia

Bunga Orkid Ramuan Rahsia Kecantikan Abadi

Serum mewah terkini daripada Guerlain Paris, mempertaruhkan kuasa bunga orkid sebagai ramuan rahsia dalam memberi hasil kulit lebih muda dan berseri serta menentang hebat punca kulit cepat menua. 

Sejenak Bersama Frédéric BONTE, Pengarah Saintifik Komunikasi Guerlain.

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

orkid

3. Anda adalah antara individu penting yang memulakan Orchidarium® dan Guerlain adalah satu-satunya jenama kecantikan yang mengetengahkan khasiat penuh orkid. Boleh kongsikan bersama kami, mengapa orkid?

Saya sememangnya seorang yang sangat meminati dunia botani dan kegunaan tumbuh-tumbuhan dalam perubatan. Walaupun sintesis kimia telah membawa kepada pelbagai jenis inovasi, namun tumbuhan tetap menjadi bahan yang pertama membenarkan penemuan zarah biologi aktif yang hanya dihasilkan oleh alam semulajadi. Sama seperti orkid. Beberapa abad yang lalu, ramai pengkaji botani  yang berminat dengan keindahan tropika orkid ini sehingga menjadi sebuah revolusi di Eropah. Banyak spesis baru ditemui. Pada tahun 1753, “Species Plantarum book” telah menyambut baik bunga ini lalu direkod sebagai bunga golongan minor yang mana ketika itu hanya ada sebanyak 69 spesis. Penghujung abad ke-18, lebih banyak lagi spesis orkid eksotik diperkenalkan dari seantero Asia.

Pada tahun 2000, sehinggak ke hari ini, kami masih dalam pencarian mencari bahan aktif yang mampu melindung kulit daripada menua. Strategi kami adalah untuk mencari bahan semula jadi daripada tumbuh-tumbuhan yang memiliki nyawa bunga paling lama. Dan, ianya adalah orkid. Kami mempelajari bahawa ada beberapa spesis orkid yang mampu hidup lebih daripada 100 tahun. Jadi makmal kami telah membuat keputusan untuk terus setia membuat kajian terhadapa bunga ini untuk menyahkunci khasiat hidup lama tumbuhan orkid ini.

See also
Prada Mengaktifkan Kecantikan!