Che Puan Sarimah Ibrahim: Bual Cantik GLAM Malaysia

Bual Cantik Bersama Yang Mulia Che Puan Sarimah Ibrahim

Pengacara dan pelakon, Yang Mulia Che Puan Sarimah Ibrahim terkenal dengan kepetahannya berbicara dengan laju tanpa noktah, malah tidak pernah gagal untuk menghiburkan ramai yang menonton dan mendengar suaranya di kaca televisyen. 

Yang Mulia Che Puan Sarimah Ibrahim memulakan kariernya dalam bidang seni apabila ditawarkan berlakon di dalam drama arahan Mior Hashim Manap yang berjudul Seiras Hati pada tahun 1996. Pada usia 19 tahun pula, Yang Mulia Che Puan Sarimah melangkah sebagai hos televisyen di saluran Disney pada tahun 1998, dan kemudian mengembangkan sayapnya dalam industri muzik dengan melahirkan single pop dwibahasa berjudul ‘Kini Kau Tiada’.

Kini Yang Mulia Che Puan Sarimah lebih selesa bergerak sebagai duta untuk Pusat Perubahan Wanita di Pulau Pinang, duta untuk Kesedaran Kanser Serviks dengan MAKNA dan penceramah aktif dengan MIASA Malaysia, menjadi jurucakap NGO Kesihatan Mental – Empati Malaysia, selain meneruskan kerjayanya dalam bidang lakonan.

GLAM berpeluang untuk mengikuti perkembangan terkini Yang Mulia Che Puan Sarimah Ibrahim dan kami mengambil peluang untuk bertanyakan perkembangan terkininya selain rutin cantik jelitawan ini.

Yang Mulia Che Puan Sarimah Ibrahim Pejuang Kesihatan Mental

1) Perkembangan terkini

Che Puan Sarimah Ibrahim

Busana Hermes, Aksesori Tiffany & Co

Baru baru ini saya kembali bergiat dalam bidang lakonan untuk Astro original series, RIOT! Ia mengisahkan tentang gangguan seksual dan menjaga hak kemanusiaan. Saya memegang watak seorang peguam bernama Lydia, dia seorang wanita yang tegas. Ia berbeza dengan watak yang biasa saya lakonkan.

See also
5 Beauty Tools Perlu Milik Bulan Ini

Saya juga sedang berlatih dengan acting coach legenda Gerry Grennell.  Dia pernah melatih Heath Ledger, Natalie Portman dan Marlon Brando dan ramai legenda-lagenda lain. Dan saya melakukan latihan berlakon bersamanya dua kali seminggu dalam talian dan kemudian pada Disember hingga Februari saya akan menghadiri kelas secara peribadi di UK dan Ireland.

2) Adakah ini bermakna anda akan menembus Hollywood?

I’m hoping to break into the international scene be it UK Ireland or US. Sebagai persediaan, saya mengambil kelas lakonan selain membina profil supaya skil saya sama dengan tahap antarabangsa. Saya mahu lakonan saya bagus.

Saya juga seorang advocate kesihatan mental mana saya menjadi jurucakap untuk NGO Empati. Matlamat terbesar saya adalah untuk melangkah ke tahap antarabangsa dan menyebarkan kesedaran kesihatan mental dan buktikan kepada orang di luar sana bahawa rakyat Malaysia juga mampu lakukan apa yang mereka lakukan.

Adakah saya ingin menjejak langkah Tan Sri Michelle Yeoh atau Henry Golding? Tidak, saya hanya mengikut jejak langkah saya kerana kita semua berbeza.

3) Apakah perspektif anda dan tentang kecantikan dan kesihatan? Apakah nasihat anda untuk age gracefully?

To age gracefully I think you have to have you have to be at peace and have confidence and peace with yourself. Maksudnya perlu ada ketenangan dan keyakinan dengan diri sendiri. Bagi saya setiap orang ada kelebihan sendiri. Kita tidak boleh melawan graviti, atau usia. Usia akan meningkat untuk semua orang. Apa yang kita boleh buat adalah fokus kepada keistimewaan diri pada kita.

See also
Gaun Perkahwinan Ratu Elizabeth II Direplikakan

Jujur bagi saya tip untuk age gracefully adalah to love yourself with grace. Ini kerana kita kurang memberi kasih sayang dan empati kepada diri sendiri. Kita selalu menjaga orang lain. Jika kita boleh beri grace to yourself, I think you will age gracefully.

4) Solekan atau penjagaan kulit? Yang mana jadi pilihan?

Saya praktis rutin penjagaan kulit yang sangat mudah. Saya tidak menggunakan toner. Penjagaan kulit saya lebih kepada tiga langkah iaitu penanggal solekan, mencuci muka dan pelembap. Itulah saya. Saya tidak menggunakan tambahan seperti serum mata atau apa-apa.

Bagi saya lebih mudah rutin penjagaan kulit, lebih kulit tahu apa yang perlu dilakukan untuk anda. Pastikan anda memberi kulit anda makanan yang cukup, tidur yang cukup, air kosong yang cukup. Kulit kita akan pandai pandai jaga diri sendiri.

5) Bagi seseorang yang sentiasa on set penggambaran, bagaimana anda memastikan kulit anda sentiasa sihat?

Perlu memakai krim pelindung matahari kerana apabila kita sentiasa di bawah lampu, ia cepat menuakan kulit. Saya juga akan memakai pelembap agar kulit nampak sentiasa segar. Saya akan dab kulit dengan tisu sahaja semasa di set penggambaran dan elak menambah bedak kerana wajah akan tampak cakey dan ini juga menghalang liang-liang pori bernafas.

Saya banyak minum air di set penggambaran kerana ketika penggambaran di lewat malam, saya akan minum kopi. Jadi jika anda minum banyak kopi, banyakkan juga minum air kosong,

6) Ramai orang berjuang untuk mencari keseimbangan antara kerja dan penjagaan diri. Jadi bagaimana anda mengutamakan kesihatan anda?

Che Puan Sarimah Ibrahim

Busana Hermes, Aksesori Tiffany & Co

You have to do health care on the go. Saya akan pastikan dalam bag saya ada botol air. Saya juga sentiasa membawa pelembap bibir, eyedrop untuk melembapkan mata dan bawa non alcohol face wipes.

Saya juga gemar melakukan things on the run. Sebagai contoh sekiranya ada penggambaran, saya akan meletakkan kenderaan jauh sedikit supaya saya dapat berjalan, atau angkat barang-barang dapur sendiri supaya dapat weight training. Kalau tidak cukup masa untuk bersenam, anda boleh gabungkan health with your day to day activities/work.

pengarang kecantikan JULIA AZMAN pengarah digital ANIS HANINI

pengarah seni kanan AMIRUL ARIFIN dibantu oleh HILMAN HISHAM

gambar BIBO ASWAN solekan EPIE TEMERLOH rambut CK Liow

busana HERMES aksesori TIFFANY & CO

 

Artikel berkaitan: Kontur Muka, Do’s and Don’ts