Body Makeup Untuk Full Coverage Pilihan GLAM
5 Body Makeup Untuk Full Coverage Pilihan GLAM

5 Body Makeup Untuk Full Coverage Pilihan GLAM

Selain solekan untuk muka, body makeup juga merupakan a thing dalam dunia solekan. Terutamanya buat mereka yang ingin menutupi segala flaws yang ada, lebih-lebih lagi apabila keluar rumah atau menghadiri sebarang majlis. Tetapi, body makeup apa yang best untuk diguna pakai? Jom ikuti GLAM Cantik yang mana kami kongsikan best body makeup buat para peminat dunia kecantikan!

Jika anda menggunakan concealer untuk menutup segala flaws di muka, begitu juga fungsi body makeup ini. Cumanya, ia hebat dalam menutupi segala cacat cela badan badan.

Contohnya, ada yang menggunakan body makeup untuk tutup kesan luka, parut dan sebagainya apabila mereka memakai seluar pendek, short skirt atau senang cerita, pakaian yang lebih terdedah.

Selain itu, body makeup juga banyak digunakan pada model di set penggambaran dan buat mereka yang ingin menutupi tatu untuk hadiri majlis-majlis formal, body makeup adalah jawapannya.

GLAM Cantik Kongsikan 5 Best Body Makeup

1. Estée Lauder Double Wear Maximum Cover Camouflage Foundation For Face and Body

 

5 Body Makeup Untuk Full Coverage Pilihan GLAM

Foto: Estée Lauder

Estée Lauder mengeluarkan produk 2-in-1 untuk full coverage, bukan sahaja untuk wajah malah sebagai best body makeup yang boleh anda cuba!

See also
Sensual Wangian Di Pagi Raya

Bedak asas cecair krim ini memberi effect semula jadi dengan litupan penuh serta kemasan matte yang sempurna. Dirumus untuk kekal sehingga 12 jam, body makeup ini hebat menutupi dengan full coverage segala ketidaksempurnaan seperti parut pembedahan, masalah bintik hitam, parut jerawat dan sebagainya.

Ia juga mampu melindungi daripada sinaran matahari kerana turut mempunyai SPF15. Alat solek ini paling sesuai untuk kegunaan selepas pembedahan kerana ia telah diuji kaji dengan kerjasama pakar bedah dan dermatologist.

2. Fenty Beauty Body Sauce Body Luminizing Tint

Foto: Fenty Beauty

Produk-produk kecantikan daripada Fenty Beauty sentiasa menjadi salah satu jenama solekan yang digemari!

Rihanna turut memberikan peminatnya body makeup yang bukan sahaja full coverage, malah mempunyai sheer-coverage yang bersinar. Formula krim gel yang ringan memberikan tekstur sutera, selesa dan licin untuk disentuh. Ia juga melembapkan kulit secara intensif semasa memakainya kerana terkandung babassu oil dan vitamin E antioksidaan.

Jika anda ingin badan kelihatan tampak licin bersinar, litupi badan anda dengan Fenty Beauty Body Sauce Body Luminizing Tint.

See also
"Saya Obses Dengan Pupur, Itu Yang Saya Pakai Setiap Pagi," Kavita Sidhu

3. Dior Backstage Face & Body Foundation

Foto: Dior

Another 2-in-1 product! Dior Backstage Face & Body Foundation ini menawarkan hasil bercahaya dengan kilauan semula jadi yang menawan.

Tekstur ultra-halus asas cecair ini sebati ketika disapu, menjadikan ianya body makeup yang sesuai buat semua jenis kulit. Ia serta-merta meratakan dan melicinkan kulit secara langsung memberikan kemasan yang diidamkan.

Selain berfungsi untuk tutup segala flaws yang ada, body makeup ini juga tahan kepada air, persekitaran lembap, suhu yang tinggi dan sentuhan. Semestinya produk daripada Dior ini memang berbaloi untuk dimiliki!

4. Westmore Beauty Body Coverage Perfector

Foto: Westmore Beauty

Jika anda mencari body makeup yang paling hebat yang berfungsi untuk tahan kepada air, produk kecantikan daripada Westmore Beauty adalah jawapan yang tepat.

Kelebihan Body Coverage Perfector Westmore Beauty ialah formulanya yang tahan lama dan 100% kalis air. Produk ini telah diuji dan hasilnya, ia mampu bertahan dalam apa jua cuaca. Kandungan bahan-bahan seperti paraben free, cruelty-free dan frangrance free menjadikan produk ini selamat untuk digunakan.

See also
Kes Taylor Swift Diraba Masih Lagi Diperbincangkan

Tersedia dalam enam warna yang fleksibel, body makeup ini memberikan full coverage yang boleh menutup stretch mark, tatu, vena varikos, anda namakan sahaja!

5. M.A.C Studio Radiance Face and Body Radiant Sheer Foundation

Foto: M.A.C Cosmetics

Untuk body makeup yang tidak terasa berat, produk kecantikan oleh jenama terkenal M.A.C ini mengeluarkan bedak asas badan dengan litupan ringan hingga sederhana yang paling sesuai digunakan.

M.A.C merumuskan Studio Face and Body Foundation dengan empat ton nada iaitu cool, neutral, neutral warm, and neutral cool. Ia membolehkan anda mencapai padanan teduhan yang sempurna dengan 13 ton yang tersedia yang sesuai dengan warna kulit untuk dipilih.

Dengan menggunakan span lembap atau berus asas sahaja, anda boleh menikmati kemasan satin yang ringan, semula jadi dan cantik.

Artikel Berkaitan: Masih Mencari Bedak Asas Serasi? Ini 6 Foundation Terbaik Sepanjang Tahun Ini