Beli-Belah Saat Akhir : 7 Bingkisan Istimewa Lunar Day 2022 Terbaik - Glam Malaysia

Beli-Belah Saat Akhir : 7 Bingkisan Istimewa Lunar Day 2022 Terbaik

1 of 8
Use your ← → (arrow) keys to browse

Belai wajah sebelum meraikan perayaan adalah satu kewajipan. Gandakan rutin cantik anda bersama pilihan edisi istimewa Tahun Baru Cina 2022.

Hampir dua tahun, kita berada dalam genggaman pandemik. Angkara virus jahat, tidak dapatlah merayakan festival dengan penuh gilang-gemilang. Tahun ini, segalanya bakal berubah! Walaupun sekadar besederhana namun cukup memberi impak bermakna buat yang meraikannya. Sempena tahun harimau mengikut kalendar cina, tahun ini dikatakan memberi tuah berganda lebih agresif. GLAM bariskan 7 produk kecantikan terbaik yang hadir dalam bingkisan istimewa demi meraikan Tahun Baru Cina dan buat anda yang berada di saat akhir ‘Add to Cart’.

SULWHASOO

Tahun 2022, Sulwhasoo bawakan memori tradisional yang dulunya diamal oleh masyarakat Cina melalui ikatan tradisi serba dekoratif yang diinterprestasi dengan cara moden. Ikatan ini lambang ekspresi cinta, kegembiraan dan tuah. Hadir dalam pilihan warna merah terang. Menerusi koleksi Lunar New Year 2022, Sulwhasoo bariskan pilihan signature seperti First Care Activating Serum Limited 120ml, Concentrated Ginseng Renewing Serum 50ml dan generasi ke-5 Concentrated Ginseng Renewing Cream EX 60ml. Edisi terhad ini hadir bersama rekaan botol berwarna merah berkilau dan penutupnya tersadur rona emas, tampak lebih klasik nan sofistikasi. Segera dapatkan koleksi terhad.

See also
Lima Selebriti Hollywood Yang Komited Vegan