Beauty Icons - Glam Malaysia

Beauty Icons

Mereka antara wajah yang sentiasa menghiasi iklan dan produk kecantikan. Sering dipuja kerana penampilan dan kecantikan mereka,  GLAM menyenaraikan antara beauty icons yang mencuri perhatian.
 
1. Beyonce

The Metropolitan Museum of Art's COSTUME INSTITUTE Benefit Celebrating the Opening of Charles James: Beyond Fashion and the Anna Wintour Costume Center - Red Carpet Arrivals
 
Dikurniakan rupa menawan serta kulit yang cantik, Beyonce is flawless. Gaya solekannya yang sering berubah dari kelihatan all natural, 70s retro, sehinggalah ke glamorous very strong look, membuatkan penampilannya begitu ikonik. Lihat sahaja kesemua 14 muzik video dari album terbarunya, setiap video menampilkan imej yang berbeza. Bukan sahaja dikurniakan bakat serta kecantikan, tetapi imejnya juga sering mewakili ciri kekuatan serta kuasa seorang wanita.
 
2. Jennifer Lopez

iHeart Radio Ultimate Pool Party FL
 
Diiktiraf oleh People Magazine sebagai Wanita Tercantik Dunia pada tahun 2011, Jennifer Lopez sinonim dengan gelaran “J.Lo Glow” dek kerana kulitnya yang sering kelihatan bercahaya. Juga diiktiraf sebagai ikon fesyen, dia tekenal dengan gaya seksi dan glamour yang sering mencuri perhatian. Walaupun sudah mencecah umur 45 tahun, wajahnya tidak dimakan usia dan tidak hairanlah dia menjadi buruan produk kecantikan ternama seperti L’Oreal Paris.
 
3. Diane Kruger

See also
Manjakan Wajah Secara Personalisasi Pertama Dunia

BSI: FX's "The Bridge" Season 2 Premiere
 
Memiliki wajah classic beauty, pelakon hebat berdarah Jerman ini antara individu yang sering dinantikan kemunculannya di anugerah karpet merah. Dengan gaya solekan, rambut, serta fashion sense yang tidak pernah mengecewakan, ianya agak mengejutkan pabila Diane mnegakui bahawa dia menghias sendiri rupanya di acara karpet merah tanpa bantuan penata gaya. Selain menjadi jurucakap L’Oreal, dia pernah menghiasi pelbagai jenama seperti Burberry dan Christian Dior semasa zaman modeling-nya dahulu.
 
4. Audrey Hepburn

Archival Cinema
 
Dinobat antara ikon wanita tercantik dunia, imej Audrey Hepburn sering dijadikan rujukan dan inspirasi oleh wanita generasi ini. Gaya klasik serta minimal membuktikan dia antara ikon yang tidak lapuk dek zaman walau sudah lebih 50 tahun eranya berlalu. Dia juga membuktikan bahawa kecantikan seorang wanita tidak hanya terletak pada rupa paras sahaja, tetapi juga keanggunan, santun, serta pembawaan diri yang baik.
 
5. Elizabeth Taylor

Archival Cinema and Entertainment
 
Seorang lagi ikon kecantikan klasik, Elizabeth Taylor terkenal dengan rupa paras jelita serta gaya hidup glamour. Mempunyai persona serta personaliti yang kuat sama ada di filem mahupun di luar, Elizabeth merupakan seorang free spirit yang tidak pernah takut untuk bersuara.
 
6. Audrey Tautou

See also
Kolaborasi Apple Watch dan Hermès

NY: Premiere of "Magic in the Moonlight"
 
Wajahnya yang penuh dengan ciri-ciri wanita Perancis membuatkan Audrey Tautou antara ikon kecantikan abad ini. Sering tampil elegan dengan gaya solekan yang minimal, aktres berketurunan Perancis ini juga antara wajah yang menghiasi L’Oreal dan Chanel. Dia juga sering bereksperimen dengan rambutnya yang membuat penampilannya effortlessly chic.
 
7. Charlize Theron

The Los Angeles Premiere of '' A Million Ways To Die In The West''
 
Rupa paras yang cantik serta penampilan rambut blonde membuatkan Charlize Theron kelihatan seperti another Hollywood starlet. Tetapi semua itu disangkal pabila dia merubah sepenuh wajah dan imejnya bagi memenuhi karakternya dalam filem Monster. Hasilnya? Dia memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Oscar. Dia sekali lagi membuktikan bahawa dia sanggup mengorbankan kecantikannya untuk watak filem pabila dia membotakkan kepalanya tahun lepas bagi tujuan tersebut. Charlize membuktikan beliau ibarat chameleon pabila tampil glamour untuk iklan Dior.
 
8. Penelope Cruz

86th Annual Academy Awards, Arrivals
 
Pelakon kelahiran Sepanyol yang dikurniakan kulit warna golden brown ini merupakan aktres Spanish pertama memenangi anugerah Oscar. Wajahnya yang cantik serta senyuman yang lebar menawan memukau setiap mata yang memandang. Turut disunting sebagai wajah L’Oreal, Penelope Cruz mewakili wanita Spanish yang terkenal dengan kecantikan asli mereka.
 
9. Lupita Nyong’O

See also
Solekan Mata Fall/Winter 2015

The 2014 MTV Movie Awards
 
The new Hollywood IT girl, Lupita Nyong’o dinobatkan sebagai Wanita Tercantik oleh People Magazine bagi tahun ini. Mempunyai kulit hitam coklat yang menawan serta personaliti yang fun dan hebat, Lupita menjadi ikon kecantikan wanita terbaru lewat ini. Mewakili mereka yang berkulit hitam, dia dijadikan inspirasi bukan sahaja kerana wajahnya, tetapi juga kebijaksanaan serta pandangannya terhadap kecantikan yang lari dari beauty standards.
 
 
Gambar: TPGVIP