Bahana Selaran UV - Glam Malaysia

Bahana Selaran UV

Sinar UV musuh utama kulit. Oleh itu, kulit sentiasa memerlukan sapuan pelindung sinar yang sesuai supaya ia terhindar dari noda mahupun cela. Ketahui kaedah lain yang membuatkan aktiviti jemuran tubuh lebih selamat lagi menyeronokkan!

Gambar oleh Leon, GLAM Malaysia

Seksanya bukan kepalang! Tanda-tanda merah, sakit bila bersentuh malah parut juga tertinggal lama! Tidak, ia bukan suatu yang mahu dialami semua wanita sebaik pulang berekreasi atau beraktiviti di bawah panas. Merasai keseronokan berpanjangan juga membawa pulang kenangan paling abadi. Anda amat memerlukan produk sakti bagi merungkai segala ketakutan yang membataskan keseronokan kala berlibur. Persiapkan diri agar anda tidak perlu berhadapan dengan komplikasi ini. Lakukan kajian bagi memenuhi kebimbangan anda sebelum membeli mana-mana pelindung matahari. Pertamanya, pilih pelindung matahari yang sesuai untuk kulit anda. Semak tahap SPF pelindung matahari anda.

SPF , atau “faktor perlindungan matahari” nombor, bertentangan dengan kepercayaan popular, tidak menandakan betapa kuat tahap SPF itu. Secara teori, ia memberitahu berapa lama kulit anda akan dilindungi. Perlu diingat! SPF bukan unsur kumulatif. Sebagai contoh, sekiranya anda menggunakan pelindung matahari dengan SPF 15 dan SPF 20 boleh memberi perlindungan yang lebih baik, tetapi ia tidak akan mendapat manfaat SPF 35. SPF 30 + sudah mencukupi untuk berjemur di tepi pantai juga kolam.

See also
Sudah Tiba Masa Untuk Upgrade Produk Kecantikan Anda

Kemudian, anda disarankan untuk memilih kedua-dua perlindungan UVA dan UVB. Produk dengan pelindung ini menghalang kedua-dua jenis cahaya ultraungu yang merosakkan kulit. Jika anda ingin melakukan aktiviti renang, adalah disarankan supaya anda memilih pelindung sinar kalis air. Namun begitu tiada pelindung matahari terbukti benar-benar kalis air, jadi anda perlu menyapu dengan lebih kerap, mengikut arahan produk.

Terdapat pelbagai format pelindung matahari membanjiri pasaran namun pakar-pakar kecantikan mempertimbangkan format krim paling memberi manfaat berkesan. Dalam memilih pelindung matahari untuk kanak-kanak dan kulit sensitif pula, anda perlu berhati-hati kerana umum berpendapat, pelindung matahari tidak sesuai untuk bayi di bawah enam bulan. Baca label untuk mendapatkan nasihat lebih lanjut. Pelindung matahari yang mengandungi zink dan titanium dikatakan paling selamat dan kurangnya reaksi alergi pada kanak-kanak dan orang-orang dengan kulit sensitif.

Gambar oleh Leon, GLAM Malaysia

 

Kaedah 1: Aplikasi Pelindung Sinar. Sapukan ke seluruh kulit terutamanya pada bahagian kulit paling lemah yakni seluruh muka, dahi, hidung, telinga, belakang leher, belakang lutut, lengan dan kaki sehingga ia diserap. Jangan lupa, bahagian yang sukar dicapai seperti belakang dan bahu. Pastikan juga ia merangkumi semua kulit yang terjemur. Jika anda menggunakan jenis krim, jumlah sebesar saiz bola golf biasa atau 1 auns. Mulakan sapuan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum anda keluar. Ia mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk ia mula berkesan. Simpan pelindung matahari agar sentiasa segar. Pelindung matahari yang melebihi tarikh luput mungkin tidak berkesan berbanding yang baru. Gantikan pelindung matahari yang baru jika ia melebihi tempoh 3 tahun.

See also
Beauty Emergencies!

 

Kaedah 2: Cover Up! Pakaian terbaik adalah yang paling ringan dan tidak berlapis, dalam warna yang memantulkan haba, dan bukan yang menyerap yakni warna gelap. Fabrik semula jadi seperti kapas adalah paling sejuk dan pakaian yang longgar juga membantu mengelak selar matahari. Pilih topi yang betul, bertepi lebar 3 inci (8cm) di sekeliling, ia juga membantu untuk melindungi mata anda dari silau. Selain itu, cermin mata hitam juga menghindari pendedahan cahaya UV, penyebab katarak mata. Runding bersama optometris saranan cermin mata yang baik. Kenakan cermin mata hitam bersama topi.

 

Kaedah 3: Kekal Terhidrat. Air adalah sumber terbaik untuk menjaga kulit terhidrat pada hari-hari panas dan sejuk. Jika anda banyak melakukan senaman, minuman sukan boleh membantu menggantikan elektrolit. Minum berkadar dengan anda berpeluh, but remember that too much too quickly can harm you. Bila terlalu banyak gula, seperti soda boleh menjejaskan manfaat cecair. Alkohol juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering.

See also
Coming Soon: Kerjasama Caitlyn Jenner & Jenama Kosmetik Besar

 

Kaedah 4: Hindari Terik Matahari. Stay out of the sun. Dari jam 10 pagi hingga 4 petang. Sinar  UV tertinggi adalah pada sekitar tengah hari, apabila matahari amat terik. Jika anda terpaksa berada di luar pada waktu ini, cari lokasi berteduh atau memakai topi, payung untuk menghalang matahari tepat memancar pada kulit sekali gus menjaga kesihatan kulit anda. Hadkan jumlah masa anda di bawah sinaran mentari. Naikkan tingkap kereta kala memandu, elak menjuntai lengan ke luar tingkap. Cermin menghalang cahaya UV dari terkena kulit.

AWAS!

• Usah sapu pelindung sinar terlalu rapat dengan mata. Jika berlaku, cuci segera dengan air sebersihnya.

• Jika mata berair, kulit menjadi merah dan reaksi lain, anda mungkin mengalami reaksi alergi. Tukar kepada pelindung matahari untuk kulit sensitif atau dapatkan nasihat doktor.

• Apabila ski atau snowboarding, selaran matahari pada wajah adalah amat tinggi. Jika anda merancang untuk memanjat gunung tidak kira musim, usah lupa pelindung sinar.

• Sapukan perlindungan matahari walaupun bermusim sejuk dan mendung apabila anda meninggalkan rumah dan pilih pelindung matahari yang bebas paraben.

 

 

*Artikel ini disiarkan dalam GLAM Mei 2014