Trio Serum Laneige Rahsia Awet Muda - Glam Malaysia

Trio Serum Laneige Rahsia Awet Muda

Laneige memperkenalkan Perfect Renew 3X Signature Serum baharu yang menggabungkan teknologi tiga serum dalam satu botol.

Laneige Perfect Renew

Tiada yang lebih menggembirakan hati wanita jika memiliki kulit kekal muda tanpa kedutan. Walau bagaimanapun, apabila semakin berumur kulit secara semula jadi menjadi cepat kering dan kurang anjal. Ini berpunca daripada kandungan minyak semula jadi dalam kulit semakin berkurangan. Penuaan lebih cepat berkembang secara radikal sekitar umur 30 tahun. Anda akan mula melihat kulit semakin hilang ketegasan, munculnya garis halus dan kusam.

Tanda-tanda awal penuaan menjadi sasaran utama Perfect Renew 3X Signature Serum baharu, bukan sahaja mengurangkan kedutan pada kulit malah kembali meningkatkan ketegangan kulit dan wajah makin berseri. Setelah hasil kajian dan penyelidikan selama 29 tahun terhadap formulasi yang sempurna, serum anti-penuaan ini merupakan pilihan generasi masa kini.

Perfect Renew 3X Signature Serum memberikan koktel serum yang berkuasa dengan tiga bahan utama dalam satu produk. Dicipta oleh tiga pakar penjagaan kulit anti-penuaan, Perfect Renew 3X Signature Serum didatangkan dengan Triple-layer Targeting Technology™ yang menyasarkan tanda penuaan setiap lapisan kulit dengan lebih berkesan. Dengan keupayaan sehingga 48% melawan kedutan, 58% peningkatan keanjalan kulit dan 66% peningkatan untuk kulit makin bersinar.

See also
Bvlgari Perkenalkan Magnifying, Sebuah Pengalaman Baharu Dalam Memakai Haruman

Perfect Renew 3X Signature Serum memberikan koktel serum yang berkuasa dengan tiga bahan utama dalam satu produk

Menariknya mengenai tiga serum ini, Wrinkle Serum mengandungi 2.5 juta kapsul retinol mikro dan ceramide dalam setiap titisan. Setiap fungsinya adalah mengurangkan kesan kedutan dan menghaluskan tekstur kulit wajah. Firming Serum pula mengandungi 21.5% kompleks peptida kolagen dengan kandungan tinggi yang menguatkan ketegasan kulit di lapisan kulit tengah manakala Radiance Serum dengan RE.D Flavonoid dan Asid Ferulik meningkatkan keserian kulit dalaman.

Perfect Renew

Gabungan unik tiga serum anti-penuaan berbeza dalam satu botol ini memberikan 2.51 kali lebih kuasa anti-penuaan dengan formula mesra kulit pH5.7 dan tiga saiz zarah berbeza yang menggalakkan penembusan pantas dan mendalam ke dalam kulit.

Menerusi keputusan klinikal Laneige, bahan-bahan berkhasiat tinggi ini telah terbukti secara klinikal iaitu memperbaiki kedutan kulit sebanyak 49%. Peningkatan keanjalan kulit sebanyak 58% dan kulit makin bersinar sebanyak 67% selepas 4 minggu penggunaan berterusan. Kulit anda akan kelihatan lebih awet muda dengan 72% serta kulit lebih cerah dengan pori wajah diperketatkan sebanyak 70%.

See also
Gaya Rambut Ikonik Setiap Era

PERFECT RENEW 3X BERWAJAH BAHARU LEBIH PREMIUM

Barisan Perfect Renew 3X hadir dalam reka bentuk pembungkusan yang lebih premium dan mudah untuk kegunaan harian. Dengan ilham moden dan estetik, ia turut dilihat sebagai hiasan eksklusif dalam kamar bilik mandi atau di atas meja solek. Untuk Perfect Renew 3X Signature Serum Baru, tiga serum yang terkandung diperkemaskan dalam 3 silinder berbeza untuk memberi kesan 3X lebih kuat serta memaksimumkan kestabilan bahan. Reka bentuk jenis twist-up ini memudahkan pengasingan ruang serum dan menjaga kesegaran 3 serum.

Perfect Renew 3X Signature Serum

RUTIN LEBIH SEMPURNA BERSAMA PERFECT RENEW 3X RANGE

Rutin penjagaan wajah tidak akan sempurna tanpa barisan Perfect Renew 3X Range yang lengkap. Perfect Renew 3X Skin Refiner adalah langkah pertama untuk menuju ke ara kulit muda bersinar. Sebagai toner anti-penuaan ini ia berupaya menghidupkan semula kulit yang letih, menenangkan kulit serta-merta dan melicinkan tekstur kulit. Toner ini mengandungi Retinol yang mengurangkan kedutan, Peptida untuk menguatkan keanjalan kulit dan RE.D Flavonoid bertindak sebagai menyerlahkan sinar dalaman kulit. Ia diperbuat daripada Ectoine dan Taurine untuk melegakan kerengsaan.

See also
Trend Baru Musim Ini, Semak Trik Fesyen Tiga Label Utama

Perfect Renew 3X Range

Perfect Renew 3X Emulsion adalah gabungan sempurna untuk kulit kelihatan sihat dan awet muda. Ia membantu dengan pengukuhan halangan kelembapan kulit, menyuburkan dan melembapkan kulit. Emulsi juga mengandungi Squalane dan Betaine iaitu pelembap yang berkuasa untuk meningkatkan penghalang kelembapan dan ketumpatan kulit. Ini adalah tambahan kepada bahan anti-penuaan teras 3X dalam produk seperti Retinol, Peptide dan RE.D Flavonoid.

Artikel berkaitan Laneige Lip Sleeping Mask Kini Dalam Versi Baru

Akhir sekali, Perfect Renew 3X Cream menyahsekat sinaran kulit daripada cahaya terdedah dari dalam, meninggalkan kilauan menegangkan hanya terdapat pada kulit yang sihat dan anjal dalam masa kurang dari 60 saat. Memandangkan kulit yang sihat mempunyai struktur yang padat dan akan mula rosak mengikut usia, krim ini membantu memperbaiki masalah ini dan memberikan kulit bersinar terus terpancar ke permukaan. Krim ini bertujuan untuk meningkatkan keanjalan kulit dan mengandungi Ceramide yang menguatkan penghalang kelembapan kulit dan Madecassoside yang menenangkan kulit.

Untuk solusi terbaik anti-penuaan, dapatkan Perfect Renew 3X Signature Serum baharu di kaunter kecantikan Laneige seluruh Malaysia atau layari laman rasmi my.laneige.com