Aroma Mewah Million Gold
Rabanne memperkenalkan Million Gold For Her Parfum baharu yang meraikan wanita berkeyakinan tinggi dalam balutan aroma kayu-kayu eksotik dan bunga-bunga megah.
Dunia wangian mewah menyaksikan kelahiran sebuah legasi baharu apabila Rabanne memperkenalkan Million Gold For Her Parfum, evolusi terbaharu daripada koleksi Million Gold yang telah memikat hati pencinta wangian sejak 2024. Jika edisi Eau de Parfum asal menonjolkan kemewahan bunga-bunga putih yang menawan, kini ia hadir varian wangian yang lebih berani dengan sentuhan kayu cendana yang dicipta khas untuk wanita yang menguasai setiap momen.

Dicipta oleh empat pakar wangian berbakat seperti Aliénor Massenet, Suzy Le Helley, Nathalie Benareau dan Loc Dong. Million Gold For Her Parfum bukan sekadar wangian. Ia adalah manifesto keberanian di dalam cecair emas yang menjanjikan pengalaman sensori yang tidak terlupakan.
Perjalanan olfaktif bermula dengan mandarin segar yang berkilauan, seolah-olah spotlight emas menyinari panggung kehidupan anda. Kesegaran buah sitrus yang baru diperah ini membuka tirai kepada aroma yang mempesonakan.
Di jantung komposisi ini, mekar satu harmoni bunga yang sangat feminin. Jasmine ‘Coeur de saison’ absolute, dipetik pada kemuncak musim tuaiannya, mendedahkan dimensi aprikot dan bunga oren yang diperkuatkan. Setiap kelopak membawa cerita tersendiri, setiap nota membisikkan janji kemewahan. Ylang ylang yang berseri-seri menambah kemanisan sedia ada.

Namun keajaiban sebenar dengan intensiti hangat. Cendana ‘Drèches’ absolute, diekstrak daripada cendana putih yang dikitar semula, mempersembahkan profil yang unik dan menggoda. Bayangkan kopi panggang yang berkrim, karamel yang lembut, dan coklat yang kaya semua bersatu dalam satu simfoni kayu-kayu yang mewah.
Botol Million Gold For Her Parfum adalah karya seni yang berprestij. Reka bentuk bersegi-segi yang anggun kini dibaluti dengan glasir yang halus, mencerminkan intensiti sinaran wangian di dalamnya. Seperti berlian berharga yang berkilauan di bawah cahaya, botol ini menghiasi meja solek anda dengan keanggunan yang tiada tolok bandingnya.
Perincian yang mencuri perhatian adalah rantai XL link yang ikonik. Inspirasi daripada rantai bot di Brittany, Perancis. Simbol ini telah menjadi lambang kekuatan dan kejayaan dalam sejarah Maison Rabanne, berkembang dan dicipta semula merentasi musim demi musim. Ia bukan sekadar perhiasan; ia adalah insignia kepada kecantikan dan pencapaian setiap generasi wanita baharu. Menghormati kelestarian dan kemewahan serentak, botol Haute Jewelry ini direka dengan konsep refill. Botol refill 200ml membolehkan anda mengisi semula sebanyak 50ml dan 90ml.

Stacked from 8 images. Method=B (R=8,S=4)
Supermodel dan usahawan global, Gigi Hadid terus dilantik sebagai duta Million Gold, membawa sentuhan glamor keemasannya yang ikonik ke dunia Rabanne. Dinamik, mempesonakan, dan tidak malu menjadi dirinya sendiri, Gigi merupakan penjelmaan sempurna feminiti yang tidak berkompromi dan tidak mengenal takut.
Dalam kempen visual yang dicipta oleh pengarah terkenal Manu Cossu dan Mert Alas, salah seorang jurugambar paling berpengaruh dalam dunia fesyen, Gigi muncul sebagai ratu sebenar malam. Dipenuhi beribu-ribu kristal Swarovski pada gaun Rabanne keemasannya, dia menguasai lantai tarian dengan snap jari yang penuh berkeyakinan. Kalung XL link bersaiz besar di lehernya berkilauan, melengkapkan sikap berani dan berautoriti. Kempen ini diiringi soundtrack yang tidak dapat dilupakan iaitu lagu Pure Honey oleh Beyoncé.Million Gold For Her Parfum melengkapkan trio wangian eksklusif iaitu Million Gold For Her yang asal, edisi terhad Pure Jasmine, dan kini Parfum yang baharu. Tiga variasi ini mewah dengan grand floral Rabanne, dicipta untuk wanita yang hidup mengikut peraturan keemasan mereka sendiri. Million Gold For Her Parfum adalah perayaan ekspresi diri, melepaskan keyakinan tanpa batas untuk generasi baharu wanita yang berdikari dan berkuasa. Ini bukan sekadar wangian. Ini adalah fantasi keemasan yang dihidupkan dan lambang kejayaan yang diraikan.
Artikel berkaitan Rabanne Raikan Wangian Million Gold Di Mid Valley Megamall
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

