Apakah Itu Topical Steroid Withdraw Yang Kini Di Alami Tengku Chanela Jamidah? - Page 2 of 2 - Glam Malaysia
Tengku Chanela Jamidah

Apakah Itu Topical Steroid Withdraw Yang Kini Di Alami Tengku Chanela Jamidah?

Topik berkenaan Topical Steroid Withdraw semakin mendapat perhatian setelah Tengku Chanela Jamidah membongkar masalah kesihatan yang dihadapinya kini. Ayuh kenali lebih dekat tentang penyakit kulit ini.

Topical Steroid Withdraw atau juga dikenali sebagai Topical Steroid Addiction atau Red Skin Syndrome ini sering di alami oleh mereka yang memiliki masalah kulit kering (eczema). Ianya terjadi kerana apabila seseorang itu berhenti menggunakan steroid selepas menggunakannya dalam jangka masa yang lama ataupun secara berlebihan dan kemudian terhasilnya kesan yang buruk selepas itu.

Seperti yang kini sedang di alami oleh Tengku Chanela Jamidah, yang kini menetap di Amerika Syarikat. Beliau juga berkongsi secara terang-terangan penyakit yang dialamninya itu bagi bertujuan untuk mendapatkan keprihatinan lebih masyarakat terhadap penyakit ini. Beliau turut bercerita secara terperinci bagaimana bermulanya serangan ruam di tubuh dan muka.

 

https://www.tiktok.com/@tcjamidah/video/7226475020141235498?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7228061187857712641

Apakah itu Topical Steroid Withdrawal (TSW) seperti yang di alami Tengku Chanela Jamidah ini?

2 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bagaimana hendak tahu apabila terkena Topical Steroid Withdrawal ini?

Selepas beberapa hari atau minggu anda berhenti mengamalkan steroid, anda akan mula merasakan kulit seakan terbakar, bisa dan kulit mula menjadi merah kecerahan. Ada juga yang akan mengalami bengkak-bengkak, kesemuanya bergantung kepada tahap kulit anda terhadap kesan ini.

Pastikan anda berjumpa doktor pakar jika anda mengalami masalah kulit sensitif seperi eczema atau sebarang jangkitan kulit. Ini adalah penting kerana pihak pakar akan melaksanakan prosedur yang betul dalam memandu dan menyelia anda secara terperinci dalam menghentikan penggunaan steroid dengan betul.

Tengku Chanela Jamidah

Gambar: @tcjamidah

Ikuti perjalanan dan pengalaman Tengku Chanela Jamidah dalam menjalani kehidupannya bersama TSW di platform media sosial miliknya. Juga di dalam pada masa yang sama, ayuh sama-sama kita memberi sokongan terhadap beliau dan rakan-rakan sekeliling yang tidak kita sedari mengalami masalah yang sama. Sudah tiba masanya untuk kita memupuk isu ini agar lebih ramai mendapat kesedaran terhadap isu ini.

See also
TENGKU CHANELA JAMIDAH

 

Pautan Berkaitan: Sejenak Bersama Tengku Chanela Jamidah