Anya Taylor-Joy, Jisoo dan Willow Sertai Dunia Wangian Dior Addict - Glam Malaysia

Anya Taylor-Joy, Jisoo dan Willow Sertai Dunia Wangian Dior Addict

Tiga ikon global dengan gaya berbeza kini menjadi muka baharu Dior Addict, membawa revolusi segar kepada warisan wangian Dior. 

Apabila tiga nama besar berkumpul untuk satu projek, anda tahu sesuatu yang istimewa sedang berlaku. Kali ini, Dior mengumumkan sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh peminat kecantikan di seluruh dunia, Anya Taylor-Joy, Jisoo dan Willow Smith secara rasmi menyertai keluarga Dior Perfumes sebagai duta untuk koleksi Dior Addict yang baharu.

Jisoo

Ketiga-tiga nama ini mungkin sudah tidak asing dalam dunia Dior Makeup, tetapi langkah mereka ke dalam realm wangian adalah sesuatu yang benar-benar fresh dan exciting. Anya Taylor-Joy, bintang layar yang selalu mencuri perhatian di red carpet dengan penampilannya yang stunning. Jisoo, fenomena K-pop yang boleh menarik ribuan orang di mana sahaja dia pergi. Dan Willow Smith, penyanyi berbakat dengan suara soul yang menusuk kalbu, tiga wanita dengan personaliti dan gaya yang sangat berbeza, namun semuanya memancarkan aura confident yang sama.

See also
Miss Dior Kini Generasi 'Portable'

 

Mereka kini menjadi wajah untuk tiga wangian Dior Addict yang baharu iaitu Peachy Glow, Rosy Glow dan Purple Glow. Dicipta oleh Francis Kurkdjian, Maestro Wangian yang namanya cukup sinonim dengan kecanggihan dan inovasi, trio wangian ini menjanjikan pengalaman olfaktori yang secara tidak langsung nampak sedap! Setiap aroma mewakili satu facet berbeza dan berani mencuba sesuatu yang baharu.

 

Apa yang menarik tentang pengumuman ini ialah ia bukan sekadar tentang wangian. Dior sedang mencipta satu ekosistem kecantikan yang lengkap di mana setiap wangian itu selaras dengan koleksi mekap. Wangian baharu ini akan ditampilkan bersama produk ikonik Dior Addict Lip Glow Oil yang dicipta oleh Peter Philips, menggabungkan dua elemen penting dalam ritual kecantikan setiap wanita.

Dior Addict

Ketiga-tiga muse ini bukan sahaja cantik malah mereka membawa karakter yang bold dan unik. Bersama-sama, mereka mewakili generasi baharu Dior Addict yang ekspres diri mereka dengan cara yang autentik.

Artikel berkaitan Pilihan Jisoo Gincu Ikonik Dior Addict

See also
Apa Yang Perlu Ditonton Sebelum Golden Globe 2021

 

 

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan