Ameera Khan Temui Cinta Baharu Bersama Koleksi Kérastase Symbiose - Glam Malaysia

Ameera Khan Temui Cinta Baharu Bersama Koleksi Kérastase Symbiose

Personaliti anggun Ameera Khan mengundang tanda cemburu! Rahsia dia memiliki rambut yang sihat dan cantik adalah bersama Koleksi Kérastase Symbiose baharu.

Rutin hariannya sentiasa padat dengan aktiviti sihat seperti senaman pilates, menunggang kuda dan bergelar jetsetter membuatkan dirinya kekal sibuk. Namun, rambutnya mencuri perhatian ramai apabila sentiasa kekal sihat, segar dan bersinar. Jelasnya, walaupun dirinya aktif beriadah tetapi rutin penjagaan rambut menjadi keutamaanya.

Rangkaian Koleksi Kérastase Symbiose baharu ini merupakan senjata kecantikan utamanya untuk mengekalkan rambut sihat dan bersinar. Barisan produk premium dan mewah ini punya keupayaan yang luar biasa kala menjaga kulit kepala bebas kelemumur. Formula inovatif yang terkandung dalam setiap koleksi ini menyelesaikan masalah kelemumurnya dengan cepat dan kulit kepala terasa lebih segar dan terpancar sinar rambutnya sepanjang hari tanpa rasa tersekat.

Rutin anti-kelemumurnya bermula dengan Kérastase Symbiose Micro-Exfoliating Cellular Treatment. Ameera gemar dengan tekstur mewah produk ini yang fokus terhadap rambutnya sebelum mencuci malah mampu menghilangkan kelemumur dan kekotoran dengan mudah.

See also
Rosé BLACKPINK Tampil Anggun Di Paris Fashion Week Musim Bunga/ Panas 2025

Ameera Khan

Bagi Ameera,  Koleksi Kérastase Symbiose bukan sekadar rutin penjagaan rambut yang biasa tetapi lambang kepada penjagaan diri yang rapi dan mewah.

Untuk melengkapkan ritual rambutnya, Ameera menikmati perapi anti-kelemumur Kérastase Symbiose. Layanan mewah ini menyelubungi helaian rambutnya, seperti memberikan nikmat kemewahan yang didambakan. Pada penghujung hari, dia menggunakan Intensive Anti-Dandruff Cellular Night Serum untuk mengekalkan keupayaan sempurna Koleksi Kérastase Symbiose. Dengan beberapa titis di bahagian kulit kepala, dia menggunakan sebanyak tiga kali seminggu sebelum tidur. Serum ini membantu mengelakkan kelemumur dan meningkatkan kesihatan kulit kepala keseluruhannya.

Artikel berkaitan Mawar Rashid Temui Cinta Baharu Bersama Koleksi Kérastase Symbiose

Bagi Ameera,  Koleksi Kérastase Symbiose bukan sekadar rutin penjagaan rambut yang biasa tetapi lambang kepada penjagaan diri yang rapi dan mewah. Dengan pembungkusan yang elegan serta punya elemen reka bentuk yang anggun, melengkapi citarasa Ameera.

Kunjungi laman rasmi Kérastase secara dalam talian di Lazmall, Lazada untuk mengetahui maklumat lebih lanjut dan di salun dandanan rambut sah Kérastase untuk anda beli-belah keseluruhan koleksi Symbiose baharu ini.