Absolut Repair Molecular, Perbaiki Rambut Rosak Sehingga 2 Tahun - Glam Malaysia
Rahsia Rawatan Rambut Rosak

Absolut Repair Molecular, Perbaiki Rambut Rosak Sehingga 2 Tahun

L’Oréal Professionnel memperkenalkan Absolut Repair Molecular untuk menangani masalah kerosakan rambut hingga dua tahun dengan ciptaan serba inovasi dalam penjagaan rambut disebalik teknologi L’Oréal Advanced Research dan formulasi luar biasa hanya dengan satu pengunaan.

Rambut rosak sering menjadi kebimbangan utama setiap individu terutama yang sentiasa mengikut trend rambut semasa. Menurut kajian, sebahagian besar pengguna L’Oréal Professionnel di Malaysia dan Singapura, dengan purata 65% menyatakan tanda-tanda rambut rosak sering kelihatan terutama masalah kekeringan, rambut bercabang, pecah, kurang bersinar dan lembik. 

Oleh itu, ada juga kajian purata sebanyak 8.3% menunjukkan bahawa ramai di antara kita aktif mencari remedi terbaik untuk merawat masalah rambut rosak secara dalam talian. Memang jika rambut berdandan siap kelihatan sempurna di mata kasar, namun apabila terlihat jelas rambut semakin rosak ia membuatkan rambut tidak memberi kesan yang menarik. 

Apabila struktur molekul rambut terjejas, kerosakan menjadi sangat mencabar. Oleh itu, L’Oréal Professionnel memperkenalkan teknologi penyelidikan lanjutan untuk mengurai Peptida pada rambut rosak yang terjejas. Peptida terdiri daripada 19 asid amino yang dihubungkan bersama ikatan Peptida. Apabila ianya merosot mulalah berlakunya pencerobohan luar seperti rawatan haba atau kimia hinggalah rambut menjadi lemah. 

L’Oréal Professionnel amat peka dengan dalam momentum untuk mendapatkan rambut yang lebih sihat. Buat pertama kalinya, L’Oréal Advanced Research telah mencapai penemuan dalam pembaikan kerosakan. Dengan kehadiran teknologi canggihnya, akhirnya berjaya memecahkan peptide sehingga menjadi molekul kecil yang menembusi gentian rambut secara mendalam. L’Oréal Professionnel memperkenalkan Absolut Repair Molecular yakni rangkaian penjagaan rambut termaju  dan penyelesaian pembaikan pertama yang membina semula struktur molekul rambut.

See also
Pakar Kecantikan Serba Boleh, Medi Beaute

Loreal Professional

Absolut Repair Molecular dibangungkan bersama ahli saintis bertauliah yang menyuntuk komponen penting ke dalam rambut seperti pemilihan 5 Asid Amino Ultra-Concentrated yang bertindak untuk memulihkan tekstur, menguatkan pergerakan pada rambut. Peptides Bonder pula membina semula ikatan ini yang menghubungkan asid amino, menyusun semula komposisinya sambil mengatasi degradasi. 

Jika komponen ini bersinergi, Absolut Repair Molecular akan memulihkan kerosakan dalaman sehingga rambut kembali anjal dan kuat. Proses in juga membina semula tekstur, hujung rambut dan kembali bersinar. Absolut Repair Molecular membaikpulih rambut sehingga 2 tahun kerosakan hanya dengan sekali penggunaan

Rawat rambut anda bersama pilihan eksklusif In-Salon Treatment bersama Absolut Repair Molecular. Anda kini boleh mengunjungi ke salun L’Oréal Professionnel terpilih untuk melakukan rawatan penjagaan rambut rosak sambil menerima perhatian peribadi daripada pendandan rambut profesional. Daripada proses perundingan hingga ke penggayaan akhir, rawatan lima langkah dalam salun ini bukan sahaja memberi pengalaman istimewa malah memberi keperluan untuk mengekalkan kekuatan optimum rambut sambil menerima penjagaan yang berkualiti tinggi. 

Ini Langkah Mudah Penggunaan Rangkaian Absolut Repair Molecular Di Rumah : 

See also
7 Makanan Ini Untuk Memperkuat Rambut Anda

Absolut Repair Molecular Concentrated Repairing Pre-Treatment 190ml (Hanya untuk rawatan di salun L’Oréal Professionnel) 

Rutin bermula pra-rawatan bersama Absolut Repair Molecular Concentrated Repairing Pre-Treatment. Produk ini di rumus dengan 3% Peptides Bonder dan 5 asid amino khas untuk memulihkan kekuatan asal rambut dan mengembalikan kekuatan rambut setelah penggunaan yang berterusan.

L'Oréal Professionnel Concentrated Repairing Pre-Treatment 190ml (Hanya untuk rawatan di salun L'Oréal Professionnel) 

Absolut Repair Molecular Repairing Shampoo 300ml

Syampu yang bebas sulfat ini mempunyai tekstur mewah dalam membersihkan rambut, meleraikan helaian rambut rosak dengan menguatkan dan membaiki struktur rambut. Sesuai digunakan untuk semua jenis rambut.

 

Absolut Repair Molecular Repairing Rinse-Off Serum 250ml

Serum ini bertindak untuk memperbaiki struktur molekul rambut dan mengurangkan risiko rambut putus. Ia diperkaya dengan formula intensif 2% Peptides Bonder dan 5 asid amino. Absolut Repair Molecular Repairing Rinse-Off Serum ini mudah digunakan dengan bahagikan rambut basah  dengan membuat dua belahan tengah dan urut serum di setiap bahagian selama 1-2 minit sebelum bilas.

 

 

Absolut Repair Molecular Concentrated Repairing Mask 250ml

Concentrated Repairing Mask ini merupakan rawatan intensif yang mencetuskan rambut lebih lembut dan berkilau segera. Malah, membantu membaiki kerosakan rambut bersama 7 lapisan molekul agar rambut kembali sihat. Setiap penggunaan meninggalkan kesan rambut mudah diurus dan lembut. Teksturnya halus bab sutera dan ringan menawarkan pengalaman sensorial disebalik aroma wangian bunga yang tenang. Cara penggunaanya mudah, hanya aplikasikan pada rambut yang telah dikeringkan kepada dua bahagian, lalu ratakan setiap bahagian, biarkan selama 2-5 minit dan bilas.

Absolut Repair Molecular Repairing Leave-In Mask 100ml

Siapa yang tidak mahukan rambut kuat, anjal, licin, berkilat dan bebas daripada pemanasan haba sehingga 230 darjah celsius. Repairing Leave-In-Mask yang kaya dengan Peptides Bonder dan 5 Asid Amino ini ternyata menguatkan setiap helaian rambut dan memberikan kilauan rambut anda. Cara penggunaannya mudah, bahagikan rambut yang dikeringkan kepada dua bahagian. Sapukan satu pam pada setiap sisi dan biarkan kering untuk hasil menarik.

See also
Sembang Fesyen: Zakwan Anuar

Usah risau kerana langkah penjagaan rambut menggunakan rangkaian Absolut Repair Molecular Repairing ini boleh disambung untuk kegunaan di rumah sama seperti langkah ringkas di salun. Dapatkan rawatan Absolut Repair Molecular in-salon dan rangkaian produk untuk kegunaan di rumah di salun L’Oréal Professionnel berdekatan dengan anda. 

 

 

Untuk senarai lokasi salun rambut rakan kongsi L’Oréal Professionnel, sila layari segmen salun L’Oréal Professionnel di link ini (https://hair-salon- en.lorealprofessionnel.com). Absolut Repair Molecular juga boleh didapati untuk pembelian dalam talian di Lazada Malaysia, Shopee Malaysia dan Lazada Singapura.


Artikel berkaitan Miliki Rambut Sihat Bersinar Dengan Pewarna Rambut L’Oréal Professionnel iNOA Bebas Amonia