A Date With Bright Vachirawit - Glam Malaysia

A Date With Bright Vachirawit

Bright Vachirawit di Kuala Lumpur! Kiehl’s Malaysia terbangkan bintang paling popular di Thailand sempena pelancaran terbaru serum pencerah wajah terbaik dunia.

Team GLAM menjerit keriangan apabila mengetahui berita Bright Vachirawit berada di Kuala Lumpur! Bintang popular Thai ini mula menjadi fenomena menerusi watak Sarawat untuk 2gether the series dan juga siri F4 Thailand, Boys Over Flowers.

Kiehl’s Malaysia

Kiehl’s cipta keajaiban menerusi dalam misi menyempurnakan kulit bersinar bab gelas! Tiada lagi masalah kulit bintik hitam bersama Clearly Corrective Solution yang juga merupakan serum no.1 pilihan dunia. Sejak dilancarkan lebih 10 tahun yang lalu, keupayaannya tidak lagi disangkal kerana serum ini berkesan untuk mencerahkan kulit wajah serta merawat bintik-bintik gelap dan hiperpigmentasi yang degil. Tahukah anda, satu botol serum ini terjual setiap 8 saat, serum ini bertindak pantas kerana menawarkan teknologi tinggi dengan formula yang dipertingkatkan. Kandungan bahan-bahan seperti Activated C dan Proxylane yang dipatenkan berupaya buat kulit punya efek gelas.

See also
Skrub Lemonade Segarkan Kulit Wajah

Tiada lagi masalah kulit bintik hitam bersama Clearly Corrective Solution yang juga merupakan serum no.1 pilihan dunia

Artikel berkaitan Rentas Benua Antartika Untuk Ramuan Terbaik

Formula aktif seperti vitamin C yang stabil dan kuat ini mengurangkan melanin berlebihan merentas lapisan kulit untuk mengurangkan kesan bintik gelap, menyekatakan tona kulit dan meningkatkan kecerahan kulit secara keseluruhan. Kandungan Proxylane merupakan ramuan yang dipatenkan sebagai fungsi memperbaiki tekstur kulit dari dalam kulit serta melicinkan permukaan kulit wajah.

Apabila digabungkan kedua-dua ramuan ini mencipta satu-satunya serum pencerah dengan teknologi penembusan multi-layer. Yang mampu meningkatkan kejernihan kulit secara klinikal dalam masa 1 minggu sahaja. Percayalah, 96 % pengguna menunjukkan kulit lebih cerah, licin dan bersih. Clearly Corrective Dark Spot Solution bersama Kiehl’s Derma Reader Pro yang inovatif. Termasuklah Bright Vachirawit yang turut menggunakan serum ini. Keputusan lebih efektif apabila anda singgah ke butik Kiehl’s dan mencuba New Clarity Index yang akan mengukur apa juga masalah kulit anda.

Bright Vachirawit berada di Kuala Lumpur!