6 Jenama Lokal Milik Selebriti Wanita Malaysia
6 Jenama Lokal Milik Selebriti Wanita Malaysia

6 Jenama Lokal Milik Selebriti Wanita Malaysia

Selain dari memberi inspirasi sebagai seorang selebriti di Malaysia, mereka juga aktif dalam mengendali jenama lokal masing-masing. 

Industri fesyen di Malaysia tidak hanya dipenuhi oleh jenama-jenama besar, tetapi juga oleh jenama lokal yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Lebih menarik lagi, banyak jenama-jenama ini dimiliki oleh selebriti terkenal yang menggunakan platform mereka untuk mencipta peluang perniagaan serta menginspirasi ramai orang. Selebriti-selebriti ini bukan sahaja berbakat dalam bidang seni, tetapi juga dalam dunia perniagaan, memperkenalkan produk-produk yang tidak hanya berkualiti, tetapi juga mempunyai cerita yang memberi makna. Mereka menawarkan pelbagai pilihan dari fesyen, kecantikan, hingga keperluan harian, dengan memberikan tumpuan pada kualiti untuk semua lapisan masyarakat.

#1 Naelofar

Sudah hampir 11 tahun aktif, Naelofar yang dimiliki oleh selebriti ternama Malaysia, Neelofa masih teguh dengan koleksi-koleksi mereka. Dengan misi untuk menyediakan pilihan berkualiti premium pada harga yang mampu milik, rangkaian hijab, pakaian, beg, dan aksesori bergaya, jenama lokal Naelofar telah berjaya memikat hati pencinta fesyen sederhana di seluruh dunia, termasuk Singapura, Indonesia, Dubai, Jerman, UK, AS, dan banyak lagi.

See also
5 Beg Ini Boleh Digaya Setiap Masa,Tidak Kira Situasi

jenama lokal

#2 SHALS

SHALS adalah jenama lokal yang memperkenalkan gaya unik dan trendy dalam pakaian harian anda. Mereka bertujuan untuk menawarkan suara baru melalui fesyen dengan menyediakan potongan-potongan yang versatil dan trendy sebagai asas pakaian harian yang memenuhi keperluan lelaki dan wanita. Dimiliki oleh hos televisyen dan pempengaruh Shalma Ainaa, SHAL telah berada dalam dunia fesyen selama 10 tahun. Misi Shalma adalah untuk membawa angin perubahan melalui rekaan kontemporari yang bukan sahaja membuat anda kelihatan baik tetapi juga membantu anda merasa baik sepanjang perjalanan.

jenama lokal

#3 TK by Tyra

Dimiliki oleh pempengaruh dan selebriti Tyra Kamaruzzaman, TK by Tyra dilancarkan pada bulan Mac tahun 2024. Tyra sebelum ini sudah terkenal dengan jenama solekannya sendiri, Beautyra. Kini, pempengaruh molek ini ingin memperbaharui imej jenamanya dengan lebih matang dan elegan. TK by Tyra bukan sahaja jenama lokal yang muncul dengan rangkaian pemerah pipi ikonik. Mereka kini mengeluarkan produk seperti wangian badan dan gincu juga.

See also
Fashion Youthquake

jenama lokal

#4 Ellemkay

Baru sahaja dilancarkan pada 8 Disember 2024 yang lalu, Ellemkay yang dimiliki oleh Ameera Khan ini menerima sambutan yang hangat. Berimpian untuk mencipta produk yang memberi efek effortless dan mudah untuk digunakan, Ameera melancarkan pemerah pipi cecair di Ellemkay. Didatangi dengan dua warna yakni darling dan kisses, jenama lokal ini sesuai untuk look solekan yang kemas dan mudah.

jenama lokal

#5 Asly

Ditubuhkan pada tahun 2018, Asly adalah jenama fesyen tempatan yang menghasilkan baju atas saiz besar. Rekaan mereka datang dalam pelbagai warna, dihiasi dengan logo mereka. Dimiliki oleh pempengaruh dan pengacara Yaya Zahir bersama suaminya, jenama lokal ini pernah berkolaborasi bersama jenama fesyen jalanan, SVG. Nama unik jenama ini sebenarnya datang dari perkataan ‘asli’ dan ditukarkan kepada Asly, sempena nama Yaya yang bermula dengan huruf Y.

jenama lokal

#6 Nana Mahazan International

Jenama lokal yang terakhir ini dimiliki oleh pelakon Nana Mahazan. Misi mereka adalah untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi, berkesan, dan mampu milik melalui tiga jenama, Nana Mahazan Beauty, Sisterhood untuk keperluan gaya hidup, dan SelaukNana untuk sambal mereka. Alami gabungan sempurna antara inovasi dan tradisi, dan nikmati kualiti unggul dalam setiap aspek kehidupan anda.

See also
Little Miss Khan Dedah Jejaka Gerangan Hatinya Di Instagram

jenama lokal