3 Clean Product Pilihan GLAM Bulan Ini! - Glam Malaysia
Fenty Beauty

3 Clean Product Pilihan GLAM Bulan Ini!

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Semakin banyak permintaan produk cantik yang berasaskan kelestarian. Ini 3 Clean Product perlu anda tahu.

Tiada definisi rasmi, mahupun label pensijilan untuk produk kecantikan bersih. Kecantikan bersih (Clean Product) lebih kepada konsep global yang mentakrifkan masa depan sektor kecantikan. Dengan peningkatan bilangan pengguna yang menuntut produk yang mampan, semula jadi, sihat dan mesra haiwan, trend ini terus muncul dan kekal sehingga ke hari ini. Jenama kecantikan bersih komited untuk memudahkan pemahaman label produk mereka.

Fenty Beauty

Bahan toksik atau kontroversi dihapuskan atau dikurangkan, dengan lebih banyak bahan semula jadi, bebas kekejaman haiwan dan mesra alam.

FENTY SKIN

Fenty Skin

Mencari sesuatu produk yang mudah dan cepat untuk mencuci kotoran mekap? Fenty Skin memperkenalkan Melt Awf Jelly Oil Makeup-Melting Cleanser. Kata Rihanna, pembersih wajah baharu ini pelengkap rutin malamnya. Kegunaannya sangat praktikal kerana bertindak membersih semua jenis kotoran mekap, pelindung sinar UV termasuklah jenis kalis air dari wajah, mata dan bibir tanpa mengeringkan kulit wajah. Tiada masalah untuk anda yang memiliki kuku panjang kerana reka bentuk sangat memudahkan penggunaan.

See also
Eksplorasi Aroma Gucci Flora Gorgeous Gardenia

Setiap rekabentuk pembungkusan adalah diperbuat daripada 38% PCR iaitu bahan kitar semula. Botol dan penutup juga boleh dikitar semula. Melt Awf Jelly Oil Makeup-Melting Cleanser dijual dengan harga RM160 di Sephora Malaysia.