3 Clean Product Pilihan GLAM Bulan Ini! - Page 2 of 3 - Glam Malaysia
Fenty Beauty

3 Clean Product Pilihan GLAM Bulan Ini!

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

AUGUSTINUS BADER

Augustinus Bader

Jenama penjagaan wajah bertaraf elit ini pernah dikenali sebagai Best in Beauty dan Greatest Skincare of All Time. Telah memperkenalkan satu teknologi baharu iaitu TFC8 untuk The Face Cream Mask. Krim wajah premium ini membantu menyerlahkan kembali wajah suram dan dehidrasi. Tekstur ringan dan mewah ini juga meningkatkan kolagen kulit serta melawan tanda awal penuaan. Kunci ramuan seperti Swiss Grape & Kompleks Polysaccharide membantu untuk melembapkan kulit dan anjal. Ekstrak ginseng mengurangkan masalah kedutan halus dan vitamin C sebagai stimulasi kulit untuk memperoleh kolagen selain mencerahkan kulit wajah.

Setiap formulanya adalah berasaskan 100% vegan dan tidak mengandungi gluten, GMOs, Parabens, wangian sintetik, sulfates (SLS & SLES). Rekabentuk kelalang produknya pula menggabungkan elemen mewah dan kelestarian. The Face Cream Mask ini mempunyai sistem pengisian semula kerana bekasnya 100% kitar semula dan 100% refill kitar semula. Dijual dengan harga RM945 di KENS Apothecary.