13 Warna Buat Riasan Mata Dari Dior - Glam Malaysia
dior beauty

13 Warna Buat Riasan Mata Dari Dior

Kemewahan warna-warna bulu burung menjadi nadi inspirasi buat Peter Philips dalam menuai ilham buatnya mereka dan menghasilkan koleksi mekap musim luruh 2021 buat Dior. Dan warna-warna ini diabadikan pada koleksi riasan mata musim ini.

Peter Philips yang berasal dari Antwerp, Belgium berkata dia cukup tertarik dengan kombinasi warna yang ada pada bulu-bulu burung yang dikajinya, dari situ dia bukan sahaja meneliti pada warnanya semata, bahkan dia juga cuba berilham untuk menerokai efek berbeza untuk musim ini. Dari burung hantu yang terbeliak matanyanya sepanjang malam hinggalah burung-burung yang berkicauan di hening pagi, Peter menerokai kesemuanya. Dan dari pemerhatian saya sewaktu melihat himpunan alat solek terbaru ini, saya dapat simpulkan warnanya cukup mewah, satu himpunan bersifat Haute Couture dalam solekan. “Birds of a feather flock together,” ringkas ulasan pengarah kreatif dan imej Dior makeup ini. 

13 Warna Buat Riasan Mata Dari Dior

Peter cuba mencipta efek warna dan tekstur yang memberi pandangan rona nan berbeza bila dilihat dari sudut berbeza. Ton warnanya berdimensi. “Saya tertarik melihat hasil yang dipersembahkan dalam koleksi ini, warnanya menyatu, boleh dipadu-padan untuk hasil warna yang berdimensi dan beza pigmennya, ada hijau, merah jambu mahupun yang berkilat seperti emas dan platinum. Warna-warna yang ada pada bulu burung sangat solid yang mencurahkan bermacam-macam inspirasi dalam mengolah warna dalam proses menyempurnakan koleksi ini,” tambah Peter. 

See also
Happy 25th Anniversary Laura Mercier

5 Couleurs Couture Birds of a Feather

Dior menyajikan 10 warna yang dipadatkan dalam dua palet pembayang mata, 5 Couleurs Couture Birds of a Feather. Istimewanya warna pada musim ini ia dinaik taraf dengan kemasan duochrome, teksturnya bedak berkrim yang mana biasanya tekstur ini membuat warna lebih menonjol dan sapuan lebih lekat. 

Peter mengasingkan lima warna pada setiap palet sebagai luahannya hasil penerokaan warna-warna burung. Palet 5 Couleurs Couture Birds of a Feather hadir dengan dua kelompok inspirasi, Night Bird dan Early Bird. Palet pembayang mata ini satunya didominasi warna-warna hijau dan terselit ton keemasan. Manakala yang satu lagi warnanya lebih hangat dengan sajian ton merah bersama rona coklat padat pigmen. 

Diorshow 24H Stylo

Melengkapkan lagi item merias mata musim ini., Peter menambah celak mata dalam tiga warna yang cukup menarik. Diorshow 24H Stylo warnanya tahan lama dan boleh dipelbagaikan penggunaannya. Anda boleh gariskannya rapat-rapat di atas bulu mata seperti penggaris mata dengan hujung garisan menaik ke atas seperti gaya cat-eye, atau anda boleh adunkannya dengan pembayang mata atau serak-serakkannya seperti memakai celak mata. Dior bariskan tiga pilihan warna, yakni gangsa, taupe dan merah samar. Menariknya, Peter tidak menghasilkan pensel mata warna hitam kali ini. 

13 Warna Buat Riasan Mata Dari Dior

Artikel Berkaitan: “Kita Kena Kenal Badan Kita Sendiri,” Nadia Brian

See also
Welcome to the Dior Garden