10 Trend Kuku 2025 Pilihan GLAM - Glam Malaysia
10 Trend Kuku 2025 Pilihan GLAM

10 Trend Kuku 2025 Pilihan GLAM

Trend kuku antara paling menjadi ikutan! Ini 10 gaya kuku pilihan GLAM untuk musim panas 2025.

Jika tahun sebelum ini, 2024 riasan kuku dipenuhi dengan pilihan rona terang namun tahun ini berlaku transformasi radikal yang menggagumkan. Dalam ramalan, trend 2025 adalah cetusan revolusi dalam dunia seni riasan kuku, lebih berani, bertekstur dan artistik. Bayangkan warna-warna lembut seperti mandian susu yang dipadukan bersama kemasan cat-eye yang magnetic cetus keunikannya. Tekstur berkilauan iridescent yang bergabung bersama ilhams smokey quartz. Ketahui trend kuku yang mendominasi tahun 2025.

BENTUK OVAL

Menurut ramalan artis kuku selebriti, Gina Edwards kuku berbentuk oval menjadi pilihan tahun ini. Bentuknya seperti telur yang anggun, panjang dan runcing menjadi kanvas utama untuk mencipta kreativiti seni kuku paling imaginatif.

Oval

POINTED ALMONDS

Rekaan bentuk badam runcing menjadi pilihan 2025. Dengan siluet yang mengecil di hujung kuku seperti badam. Ia semakin popular dalam kalangan orang yang gemar akan gaya universal lagi anggun.

See also
Sol De Janeiro Pilihan Dua Lipa Kini Di Malaysia

Almond Nail

LAPISAN BERONA

Rekaan kuku Blush Layers pun seperti kek lapis yang berlapis rona antara warna merah jambu dan neutral, seperti anda meletakkan mekap di wajah tetapi di kuku.

Blush Layer

MILKY TONE

Antara pilihan selebriti terkenal seperti Hailey Bieber. Kuku berona seperti mandian susu ini menggabungkan warna lembut dan tonannya seperti susu yang lembut, terutama lavender dan merah jambu lembut. Jika gaya Quiet Luxury pilihan anda, cuba gabungkan bersama kuku ini.

Milky Tone

TEKSTUR IRIDESCENT

Artis kuku terkenal, Tom Bachik menegaskan tahun ini bukanlah rekaan yang pelik, tetapi semuannya mengenai tekstur dan efek. “Shimmer dan sparkle memang cantik, tetapi tekstur krom iridenscent benar-benar memukau mata,” kata Tom.

Iridescent

SOAP NAILS

Inilah trend kuku paling bersih dan segar! Sesuai dengan gelarannya, seperti anda keluar terus dari spa. Hanya menggunakan Glass Nail Buffer sudah mampu membuat kuku anda berkilau maksima sebelum memakai polish.

Soap Nail

EFEK CAT-EYE

Bukan mudah untuk mendapatkan efek ini, kerana ia adalah evolusi pewarnaan yang dilakukan secara tekstur metalik sebelum dilukis secara garis diagonal di tengah kuku untuk mendapat efek cat-eye yang memukau.

See also
Jenna Ortega Kini Duta Dior Beauty Baharu

cat eyes

SMOKEY QUARTZ

Salah satu gaya kuku yang dicipta oleh artis kuku, Edwards di Minggu Fesyen New York musim panas/bunga 2025 untuk peragaan di Prabal Gurung. Kuku dilihat misteri namun chic. Satu sentuhan yang menyeronokkan dari warna neutral hingga ke lorekan berbentuk S yang menyerupai Smokey Quatrz.

smokey

 

KROM MAGNETIK

Kuku krom sentiasa meraih tempatnya kerana gaya yang segar. Untuk 2025, pelbagai efek telah terlaksana agar tampak lebih mempesonakan, terutamanya dalam pilihan bentuk  krom magnetic yang hipnotik.

Chrome

EVOLUSI FRENCH MANICURE

Revolusi rekaan French Manikur terus kekal dalam pilihan rekaan seni kuku. Tahun ini, French Manikur segalanya tentang warna. Di hujung kuku, berona terang di bawa ke pinggir luar kuku. Cetus evolusi dari klasik kepada kreativiti yang bold. Kini, bertekstur tiga dimensi.

French Nail

Artikel berkaitan Kuku Cat-Eye Fenomena Yang Menyinari Dunia Kecantikan 2025

 

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan