Epidemik Coronavirus - Glam Malaysia

Epidemik Coronavirus

Sehingga hari ini (29 Januari 2020), wabak atau virus Coronavirus Wuhan telah membunuh 106 orang dan menjangkiti lebih 4,000 orang. Virus ini dipercayai berasal dari pasar makanan di Wuhan yang menjual haiwan liar secara haram. Para penyelidik China percaya ia mungkin telah menjangkiti manusia dari ular yang menerima virus dari kelawar, di mana dua-dua haiwan eksotik ini diketahui telah dijual di pasaran.

Berdasarkan sumber, berikut adalah lebih banyak fakta mengenai virus baru yang dipanggil 2019-nCoV, yang disebarkan di kalangan manusia dan tergolong dalam keluarga coronavirus seakan sama seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

1. Coronavirus merupakan radang paru-paru yang seakan sama dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS). Gejalanya yang boleh dilihat apabila individu mengalami demam, batuk dan sukar bernafas.

2. Meskipun SARS mempunyai nisbah kemungkinan menyebabkan kematian sebanyak 11 peratus namun coronavirus dilihat kurang berbahaya kerana kebanyakan mangsa yang dijangkiti virus baharu itu berusia sekitar 60 tahun.

See also
Neelofa Tampil Glam Dengan Sentuhan Patrick Ta

3. Tidak seperti SARS yang juga berasal dari China, virus nCoV boleh disebarkan semasa tempoh inkubasi, kata Menteri Suruhanjaya Kesihatan Nasional Ma Xiaowei. SARS membunuh hampir 800 orang di seluruh dunia pada tahun 2002 dan 2003.

4. Mudah dijangkiti melalui manusia. Pengesahan mengenai penyebaran tersebut turut diakui oleh Suruhanjaya Kesihatan Nasional China dan pakar perubatan China. Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kerajaan China percaya ia mungkin berpunca daripada haiwan-haiwan.

Photo credit: (AP Photo/Kin Cheung)

5. Perlindungan kendiri boleh diambil dengan beberapa langkah WHO menasihatkan supaya mengelakkan daripada berhubung secara terus dengan mereka yang mempunyai simptom-simptom coronavirus. Pada masa sama, WHO menasihatkan orang ramai agar memakai topeng muka dan sarung tangan segera mendapatkan rawatan jika anda sukar untuk bernafas.

So girls, beware ya! Pastikan anda memakai topeng apabila berada di kawasan yang padat dengan manusia, sentiasa menutup mulut dan hidung ketika batuk mahupun bersin, dan amalkan untuk sentiasa membasuh tangan.