Glamour Countryside - Glam Malaysia

Glamour Countryside

Rencah kali ini menampilkan idea lebih urban yang dilengkapi esen mewah cara Michael Kors. Penegasan gaya pada helaian dengan paten haiwan lembu, kelabu sebagai rona utama, manipulasi corak yang penuh karakter, berjaya menonjolkan erti feminin yang segar. Paduan gaya Michael Kors Musim Luruh 2020 ibarat mengajak wanita merantau ke destinasi-destinasi luar bandar yang chic.

Acara Michael Kors terkenal sebagai ‘star studded event’, yang mana selebriti-selebriti popular akan hadir memenuhi barisan hadapan. Ruang khas meletakkan photowall tersedia di bahagian hadapan arena pertunjukan, memudahkan setiap tetamu selebriti yang melangkah masuk terus mengambil gambar oleh puluhan jurugambar.

Tetamu tergolong selebriti di Michael Kors semakin berevolusi kerana senarai wanita yang hadir memiliki latar belakang dan personaliti berlainan. Terdapat selebriti senior dan junior yang hadir.

Blake Lively (rakan baik Michael Kors), Julia Louis-Dreyfus, Issa Rae dan Leigh Lezark mewakili tetamu senior. Dan Dove Cameron, Halston Sage, Ashley Benson, Alexandra Daddario pula golongan tetamu junior yang mewarnai acara Michael Kors, selain memberi nafas segar buat jenama tersebut. Wajah-wajah berpengaruh Asia seperti Bunga Citra Lestari, Mariya Nishiuchi, Joy, Mint Chalida juga dijemput. And our own Daiyan Trisha and Yaya Zahir were there too.

 

See also
5 Rahsia Busana Perkahwinan Priyanka Chopra

Bibit aura berani, keyakinan dan glamor menjadi tema Michael Kors buat musim ini. Ilham menggoda bercampur sifat maskulin, menggambarkan idea baru Michael Kors buat wanita masa kini. Tidak mahu terikat dengan stail lama, seiring dengan peralihan musim yang mungkin ada melihatnya sebagai satu kejutan dengan kemunculan gaya jalanan yang diangkat menjadi stail mewah.

Setiap look yang dipentaskan, diselangi stail mewah menegaskan oversize kot dan kot trench, sama ada bercorak lantang, motif plaid, bulu atau sedikit boxy. Diberi treatment yang sungguh ‘mahal’ sekali. Bulu menjadi aksesori penting agar menambah selera mewah.

Cedokan gaya dari gerobok jejaka dan dihembus selera sarat feminin cukup kuat terasa pabila setiap peragawati hadir dalam jaket, kot labuh dan kot trench yang bereka bentuk teguh seakan kepunyaan jejaka. Apatah lagi, warna kelabu yang merupakan antara warna asas lelaki mendominasi hebat dalam musim ini.

Namun diberi fokus pada butiran agar kekal ciri-ciri kewanitaan. Majoriti gaya yang menampilkan kot sebagai pangsi utama, mencengkek di pinggang agar lebih berkonstruksi. Rekaan kot kali ini sememangnya lebih berstruktur, dan punya selera architectural yang cukup cemerlang.

See also
Moschino “BIJOUX BIJOUX BIJOUX”

Michael Kors bijak mengimbangi gaya keras dengan padanan ceraian lembut dan kasut but tinggi melewati lutut, bagi memunculkan keyakinan pada wanita tiap kali melangkah hebat dalam idea gaya tersebut.

 

Seterusnya paduan look ala street wear memunculkan idea lebih moden, dalam suai padan yang bersahaja berserta dandanan rambut sleek dan kemas juga menyinggahi pentas peragaan musim luruh 2020.

Tak dilupakan juga, variasi ceraian cape berkolar tinggi menutup leher dipakai bersama top dalam pelbagai fabrik dan corak, nyata menambahkan lagi kehebatan koleksi musim ini. Highlight terpenting Michael Kors musim ini adalah cow prints yang cukup menonjol sarat menghiasi himpunan ini. Cetakan haiwan nyata dilaungkan dengan berani, seolah-olah mencipta statement tersendiri.

Tidak berhenti di situ, kombinasi warna asas seperti coklat, kelabu, hijau militari, dan hitam berjaya menjadikan koleksi musim ini cukup versatil untuk digayakan pada siang hari atau malam. Praktikaliti dengan padanan ringkas dan bersederhana, memudahkan setiap wanita di seluruh dunia untuk mengadaptasi gaya tersebut. Memberikan efek terbaik pada helaian, langsung mendefinisikan peribadi rekaan Michael Kors yang unggul dan bercita rasa tinggi.

See also
Proposi Moden & Dark Glamour Ciri Khas Koleksi H&M Studio Terbaru

 

THE MICHAEL KORS’S GIRLS

 

Blake Lively

 

Joy

 

Daiyan Trisha

 

Bunga Citra Lestari

 

Ashley Benson