Libur - Percutian Hujung Minggu The Kasturi - Glam Malaysia

Libur – Percutian Hujung Minggu The Kasturi

Penyelaras & Teks : Suhana Desa 
Arahan Seni : Afiq Khairudin
Gambar : Wan Izhar (One Digital Solution)
Video & Suntingan : Ariff Rosly (One Digital Solution)

The Kasturi Resort dimiliki oleh arkitek tersohor, Hijjas Kasturi, menakhluki tanah seluas 15 ekar dengan seni bina 23 buah vila berkonsepkan rumah Melayu tradisional. Vila-vila direka rapi dan sempurna oleh Hijjas Kasturi tanpa mengabaikan ekosistem dan persekitaran sedia ada.

Seni bina bumbung berbentuk A-frame seperti lipatan origami. Bersandarkan konsep seni bina tipologi vernakular domestik yang diberi nafas baru; gandingan tradisi dan mengoptimalkan potensi – potensi lokal seperti material, teknologi dan pengetahuan, The Kasturi melayani keperluan percutian kontemporari sambil menghormati alam sekitar dan meraikan budaya tempatan.

Pintu masuk utama ke ruang resort perlu mensusuri kepungan hutan, dan kemudian meneruskan langkah ke binaan dek konkrit yang menghubungkan ruang penginapan dan laluan ke pantai.

Setiap ruang vila direka dengan kedudukkan kamar beradu lebih tinggi daripada ruang tamu. Ini bertujuan untuk menyediakan panorama lautan dan berlatarkan kehijauan hutan agar lebih dapat dihayati oleh tetamu.

See also
Tip Memilih Material Yang Sesuai Untuk Kabinet Dapur

Rekaan siling menggunakan seni anyaman tradisional kelarai menyempurnakan gaya resort.

Tempah dan alami percutian hujung minggu ideal sempena cuti sekolah yang bakal tiba di The Kasturi