Fariza Sakina Berkilauan Indah Dengan Bvlgari

Introducing: Fariza Sakina Berkilauan Indah Dengan Bvlgari

Rambut disisir lurus rapi jatuh membelah wajahnya yang berkulit sawo matang. Sesekali dia tersenyum indah showing off her pearly whites dipagari bibir terukir bak lukis cupid’s bow kemas. Tanpa perlu solekan tebal Fariza Sakina membawa rasa nu-age women dihadapan lensa kamera, dia yakin, bubbly dan easy-going. Namun semua impresi pertama terhadap gadis kelahiran Sabah ini berubah kala bertemu bual awal Ramadan lalu.

CINCIN B.ZERO1 BVLGARI

She is the epitome of beauty and brain juga style with substance sajak sama gadis Libra ini. Kalau mengikut pesona bintang horoskop; Fariza seorang yang well-balanced, rasional dan relaks namun mengikutnya sendiri she is the opposite of all the said traits. “Saya seorang yang cukup beremosi dan passionate ketika menyudahkan sebuah keputusan, kebanyakkannya mengambil daripada kata-kata hati dan tidak berfikir panjang, tidak sesuai langsung dengan simbol Libra itu sendiri yakni sebuah skala yang seimbang. Mungkin personaliti saya lebih sesuai sama zodiak Leo mahupun Scorpio!” Bilang Fariza kala kami berbual santai melalui telefon tangan. Menggambarkan dirinya sebagai seorang yang cukup posesif, lantang bila bicara dan sangat mementingkan keluarga. “Sehingga usia 25 tahun ini saya masih punya curfew dan pelbagai larangan daripada keluarga. Sebagai gadis tunggal dan bongsu dalam keluarga, mereka semuanya amat protective terhadap saya and I grew up in a very sheltered family. Punya dua orang abang yang sentiasa ambil berat siapa teman-teman dan dengan siapa saya berkawan. Sometimes they would even spy on me hahaha…” Bilang Fariza lagi sambil berseloroh ceria.

CINCIN B.ZERO1 OLEH BVLGARI

 

See also
Penyanyi Duffy Dedah Pernah Dirogol, Diculik

Namun sifat pelindung itu bukan cuma satu hala semata, ketika salah seorang abangnya mula berteman Fariza seringkali timbul rasa cemburu dan cuba bikin gamat dalam perhubungan mereka,” namun pasca perkenalan semakin erat Fariza lebih terbuka dan melihat keikhlasan hubungan bersama teman wanita abangnya menjadikan hati Fariza redha menerima orang baru dalam keluarga. “Looking at their relationship, mereka membuatkan saya mahu mencari kriteria yang sama dalam berteman. Loyalty, respect and able to accept my past is utterly vital. Coming from a very close-knit family, kami berkongsi segala hal dan boleh dibawa bincang.” Apabila disoal siapa gerangan yang menjadi inspirasi dan idola dalam hidupnya Fariza meletakkan Arwah Nendanya sebagai wanita perkasa yang tidak bisa dibandingkan. “Nenek orangnya sentiasa tenang, tidak betah meninggi diri mahupun melantangkan suara. Nenek juga sering membantu komuniti dengan kerja-kerja amal melalui hasilan krafnya. Dia sering menjahit selimut untuk cucu-cucu, disedekahkan ke masjid dan anak-anak saudaranya.” Baca lanjut dalam GLAM Jun 2019.