Kemuncak Malam Tahun Baru di Angkasa - Glam Malaysia

Kemuncak Malam Tahun Baru di Angkasa

Tiada yang lebih indah meraikan musim percutian Krismas dan kemuncak malam tahun baru berlatarkan kaca langit Kuala Lumpur. Bermula dari 22 hingga 25 Disember, Nobu Kuala Lumpur menawarkan makan malam Krismas Omakase, 7 – hidangan (RM590++).

 

Menu diolah oleh pasukan hebat kendalian Chef Eksekutif, Philip Leong, anda tidak boleh terlepas merasai hidangan Salmon Teh Hijau dan Sotong bersama buih matcha dan sup miso Jalapeno, daging Wagyu cair dimulut dihidang bersama Wasabi Hitam, Sup Kacang Miso kemudian diakhiri pula dengan pencuci mulut panna cotta teh hijau, mousse coklat putih.

 

Atau anda boleh pilih untuk menjamu di waktu tengahari pada harga RM250++ seorang . Malam kemuncak tahun baru pula boleh jadi lebih gemilang di Nobu sambil menikmati hidangan 7 – menu New Year’s Eve Omakase (RM645++) atau makan tengahari bermula dari 29 Disember hingga 1 Januari 2019.

 

Tempahan boleh dibuat melalui laman web Nobu KL. 

 

Slide untuk lihat gambar. 

See also
Pembukaan Butik Perdana Roger Dubuis Di Pavilion Kuala Lumpur

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

 

Menu tahun baru Nobu Kuala Lumpur direka khas oleh pasukan kulinari diketuai Chef Eksekutif, Philip Leong.