The Women About Town: Thanuja Ananthan, Anuja Ananthan, Carey Ng, dan Manisha Jagan - Glam Malaysia

The Women About Town: Thanuja Ananthan, Anuja Ananthan, Carey Ng, dan Manisha Jagan

KEMBARA SECARA SOLO, BERIRING DENGAN ENTOURAGE ATAU BERSAMA TEMAN-TEMAN RAPAT, WHAT KIND OF GLOBE-TROTTER ARE YOU? THE WOMEN ABOUT TOWN DIUNDANG GLAM UNTUK MENYINGKAP MEMORI PENGEMBARAAN MEREKA JUGA BERKONGSI TIP MERENCANA PERCUTIAN TERINDAH.

 

Anuja Ananthan, Manisha Jagan, Thanuja Ananthan, dan Carey Ng.
Gambar Aaron Lee/Lenswork Studio

Lokasi penggambaran menjadi tumpuan lima kumpulan wanita dari pelbagai latar belakang juga profesion. Geger studio dibuatnya dengan gelak tawa bersulam canda riang mereka. Menghimpunkan kesemua 19 wanita bukanlah senang. Namun, kesemua mereka mesra sekali didampingi dan mudah diajak bicara. They’re totally enjoying themselves, that’s for sure. Penggambaran bermula seawal sembilan pagi. Himpunan busana musim luruh/sejuk 2016 sedia tergantung menunggu masa untuk digayakan para wanita urban ini. Hari dimulakan dengan kehadiran kumpulan pertama yakni barisan pelakon terkenal tanah air, Cristina Suzanne, Nadia Aqilah, Ruzana Ibrahim dan Sharifah Amani. Kemudian beralih kepada dua kumpulan wanita muda, Aina Syahirah, Bahiah Zulkifli dan Julie Anne Kang. Sementara Yaya Zahir pula hadir bersama teman rapatnya, Fatin Aziz dan Zirra Azim. Sebelah petang pula Putri Azalea dan saudara kembar, Putri Yasmin tampil bersama Nora Danish, Alia Alizar dan Faralisa Adril. Ratu Cantik, peragawati dan aktivis Thanuja Ananthan bersama adinda kembar, Anuja Ananthan dan rakan karib Carey Ng juga Manisha Jagan menutup tirai penggambaran personaliti GLAM hari itu.

See also
Pasangan Selebriti Pujaan Ramai: Edisi "Mother-Daughter"

 

ANUJA ANANTHAN Baru melangsungkan perkahwinan lewat tahun lepas, saudara kembar kepada Thanuja ini menyifatkan liburannya di Australia adalah yang terhebat. “Berlatarkan pantai Warrnambool di Great Ocean Road, Australia saya dilamar suami sambil berbelai keindahan pancaran matahari terbenam serta kelibat ikan paus menghembuskan nafasnya. Tiada yang lebih indah kala bercuti dan kemudian dilamar teman lelaki,” cerita Anuja sambil tersenyum rapi.

 

“Rencana liburan saya pastinya ke pasar tani kerana saya gemar membeli buah-buahan. Juga saya mencuba resipi masakan tempatan tatkala berada di satu-satu negara itu bagi mengenali budayanya yang tersendiri. Saya gemar membeli hasil seni autentik di setiap negara saya lawati seperti batik dan topeng Indonesia, poskad, tiket dan lilin beraroma dari Australia dan Eropah. Tidak lupa juga himpunan sari dan selendang dari India turut menjadi item yang saya kumpul.”

 

Di manakah lokasi seterusnya dan mengapa? tanya saya lagi. “Rishikesh, India for my yearly yoga retreat. Tahap yoga saya akan berganjak setiap kali ke sini. Buat destinasi bulan madu kami sudah pun ke Bali. Kini, dan saya dan suami teringin pula menjejakkan kaki ke Kepulauan Fiji!”

See also
Akhiri Jelajah Asia, Eric Nam Pukau Peminat Malaysia

 

CAREY NG Jelitawan ini dimahkotakan Miss Universe Malaysia pada 2013. Carey berkongsi pengalamannya mengembara dalam menghadiri pertandingan ratu cantik peringkat dunia. “Berjumpa dengan Steven Tyler dan Donald Trump sewaktu pertandingan Miss Universe di Moscow cukup mengujakan. Kemudian saya bertemu muka pula dengan Nick Jonas dan Olivia Culpo. Bercerita soal kembara, Iceland merupakan antara kenangan terindah.

I got engaged on the peak of Snæfellsjökull glaciers and it’s one of the most beautiful landscapes I’ve ever seen,” tutur Carey teruja.

 

“Saya adalah seorang pengembara. It’s the free notion of the journey that brings you places that is exciting. It may be luxurious but it could be as raw as living like the locals to explore a destination. Teringat waktu kunjungan menikmati hidangan ketam cengkerang lembut di persisiran pantai di Vietnam. Harganya sungguh murah dan sangat segar. Jika diberi pilihan selain Malaysia, saya memilih untuk tinggal di Sepanyol kerana negara itu punya festive vibe dan budaya yang cukup santai. Selain itu ia hangat penuh dengan kehidupan yang cukup ceria.”

See also
Yoga Anti-Graviti

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu September 2016