Kisah Cinta: Rubini dan Shanratnam, Fathia Latiff dan Aiman Hakim Ridza

Menyingkap Kisah Romantik: Rubini & Shanratnam dan Fathia Latiff & Aiman Hakim Ridza dan Fathia Latiff

Istimewa Februari, menyingkap kisah romantik empat pasangan bercinta. Lovestruck antara Fathia Latiff dan Aiman Hakim Ridza, Kim Kaymond dan Keith Foo, Didi Dayang dan Tengku Bakar serta Rubini dan Shanratnam masing-masing membongkar rasa cinta.

 

Cinta dan emosi itu amat peribadi, sukar untuk dirungkaikan dengan sekadar meluahkan kata-kata. Dua insan dipagut perasaan yang amat indah kala dilamun cinta. Kala berjauhan rindu bertamu di kalbu. Dan jika jiwa terluka kerana insan yang dicintai, sakitnya laksana tertusuk sembilu berbisa. Cinta adalah apabila rohani kita bahagia dan tidak pernah berasa kesunyian. Seperti kata Duke Ellington, “Love is about company, understanding, sincerity, growing together at the same time, sharing, caring and always feels that you are involved in the relationship.” Saat mewawancara keempat-empat pasangan ini, studio bergema dengan tawa mereka. Ada yang menarik muka mendengar jawapan pasangan masing-masing apabila diterjah soalan peribadi secara tiba-tiba. Tak kurang juga yang terharu mendengar jawapan daripada pasangan. Macam-macam telatah orang bercinta. Apa yang saya amati, persamaan yang ada pada keempat-empat pasangan ini ialah mereka menyemarakkan rasa cinta menghabiskan masa kualiti bersama seperti makan malam berdua. Benarlah kata orang, makanan bisa menggembirakan sesiapapun dan mengeratkan rasa kasih sayang.

 

RUBINI & SHANRATNAM Keserasian pasangan muda ini nyata terserlah sewaktu di sesi penggambaran. They are virtually inseparable from each other. Sentiasa berdakapan dan berkucupan manja. Seperti pasangan klise, Rubini Sambanthan, 24, dan Shanmuga Ratnam, 23, sama-sama hadir di studio dengan mengenakan jaket kulit hitam yang dipadankan dengan jeans biru lusuh dan sepatu but hitam. Rubini adalah pelajar tahun akhir jurusan Perakaunan di Universiti Anglia Ruskin sementara Shanratnam pula adalah pelajar lulusan Universiti Tunku Abdul Rahman jurusan Kejuruteraan Kimia. Mereka masing-masing memilih modelling sebagai karier kerana cinta pada fesyen.

 

Rubini memulakan bicara cintanya. “I had to kiss a few frogs before I finally meet my prince charming which is Shan. Saya percaya mungkin saya pernah  melakukan sesuatu yang baik sehingga Tuhan menghantar Shan dalam hidup saya. Mengapa saya jatuh hati dengannya? Shan tidak pernah bercinta sebelum. Dia seorang yang sangat pendiam. Dan satu-satunya perempuan yang dia akan bercakap selain keluarganya adalah saya!” Apa seksinya Shanratnam di mata anda? “Tentunya tubuh badannya yang sasa dan berotot!” ujar Miss Global International 2014 ini.

 

Komen Shan pula, “Semua mengenai Rubini adalah seksi. Kerana itu saya tertarik dengannya. Saya suka wanita berkulit hitam manis rambutnya yang belah tengah. Saya mula jatuh cinta dengan Rubini apabila melihat wajahnya di Facebook GLAM untuk halaman fashion spread. Daripada situ saya mengikuti perkembangannya di Facebook juga di Instagram. Satu hari kami akhirnya bertemu untuk pertunjukan fesyen. Setelah beberapa kali bekerja sama saya gagahkan diri untuk mengajaknya keluar date. And the rest as they say is history…”

 

“Shan suka mengurut kaki saya tanpa sebab dan saya terharu kerana dia akan menghantar saya ke lokasi kerja setiap kali saya ada job. Bukan apa, rumah Shan di Damansara dan saya pula tinggal di Kajang. Tanpa disuruh dia sendiri rela mengambil dan hantar saya!” Sampuk Shan bergurau, “Yes, I’m her uber!” Rubini simpulkan dia dan Shan adalah pasangan yang bosan. Ini kerana mereka tidak melepak di pusat membeli-belah. Mereka hanya akan bermalasan di rumah keluarga Shan. Aktiviti wajib ialah menonton filem Bollywood atau cerita tamil yang kelakar. “Di rumah selain menoton TV, we will dance like mad people dan memasak bersama. Kami sangat clingy antara satu sama lain.” Kata Rubini lagi, dia cepat marah tetapi Shan orangnya cool. “Apabila saya merajuk, dia akan cepat-cepat memeluk saya. Isu cemburu memang ada kerana saya agak tertekan apabila Shan menjadi rebutan daripada dua jantina. Oops!”

See also
Sembang Fesyen: Xema Su

 

Kedua-dua pasangan ini terlalu banyak persamaan. Mereka sangat konservatif kerana didikan orang tua mereka. Shan dan Rubini tidak merokok, minum arak mahupun berparti di kelab malam. Mereka seperti sudah ditakdirkan untuk bersama. Kata Rubini, keluarga Shanratnam sudah menganggapnya seperti keluarga sendiri. Cumanya Rubini belum bersedia lagi kenalkan Shan kepada kedua orang tuanya, kerana mereka agak tegas. Shan fasih berbahasa Tamil. Kata Shan, bahasa Tamil Rubini seperti British India. Tetapi dia boleh memahami semua dialek India. Di studio Shan disuruh bertutur bahasa tamil kepada Rubini dan Rubini terkial-kial cuba menjawab ayat Shan dalam bahasa Tamil juga. Kami yang ada semua berderai dengan tawa melihat gelagat mereka. Tambah Rubini, Shan adalah pelajar terbaik di sekolahnya. Dia mampu berbahasa Mandarin dengan fasih kerana bersekolah di sekolah Cina. Ibu Shan berbangsa Cina dan ayahnya India.

 

Momen paling manis yang Shan lakukan adalah sewaktu Rubini menghadiri pertunjukan fesyen sebagai tetamu dan duduk di baris hadapan. Shanratnam pula menjadi model untuk pertunjukan itu. Kebetulan sewaktu catwalk di pentas Shan berdiri betul-betul mengadap saya dan mengenyitkan matanya kepada saya. Semua hadirin melihat saya pada waktu itu. I was really embarrassed that I was blushing! Satu lagi apabila saya terpaksa ke Korea untuk bertanding, he literally felt like suffocating without me by his side for just 10 days! Shan membuat kejutan dengan datang ke Korea untuk bersama dengan saya. Dan adat tradisional orang India jika si lelaki benar-benar menyukai seorang wanita dia akan memberi gelang kaki. Shan ke Korea sudah satu kejutan dan dia menghadiahkan saya gelang kaki bercorak barang kemas India yang klasik!” ujarnya mengakhiri perbualan.

 

FATHIA LATIFF & AIMAN HAKIM Wajah merpati dua sejoli ini mewarnai kaca televisyen daripada satu drama ke satu drama.Percintaan mereka sendiri bertaut kala di set penggambaran. Semua tahu mengenai hero dan heroin tanah air yang sedang hangat bercinta ini, Nur Fathia Abdul Latiff dan Aiman Hakim Ridza. Mereka menjadi bualan ramai sementelah drama lakonan masing-masing mencapai rating tinggi. Para peminat pun begitu menyenangi hubungan cinta dua insan ini. Fathia akui dia mula jatuh cinta pada Aiman sebaik mereka digandingkan bersama buat untuk drama Mahabbah. Waktu itu Aiman masih lagi bersama bekas kekasihnya. “Saya dapat lihat kesetiaan dirinya selain bersikap begitu mengambil berat pada bekas kekasih. Dia seringkali bercakap perihal kekasihnya pada kru produksi. Itu sudah cukup buat saya tertawan dengannya. He was so into his girl.” 

 

Fathia kagum kerana Aiman tidak menyorok kekasihnya, tidak seperti kebanyakan lelaki. “Apabila saya digandingkan bersamanya untuk drama Diandra, saya dapat tahu dia sudah single. Saya terus menjadi excited. Satu lagi yang saya suka tentang Aiman, he is the type that is hard to get! Dia jenis yang anti sosial. Susah nak cari pelakon lelaki macam tu. Jujur saya katakan kebanyakkan pelakon lelaki akan cuba untuk flirt around di set. Bukan sombong ya, tapi saya memang tidak layan kalau orang cuba mengurat tetapi saya akan tercabar kalau lelaki itu tidak mengendahkan saya!” Fathia berkongsi bagaimana tercetusnya percintaan antara mereka berdua.

See also
Minggu Fesyen Paris: Gucci Spring/Summer 2019

 

“Satu hari waktu rehat di set penggambaran saya cuba test Aiman. Masa mahu pesan minuman, pantas saya berkata padanya, ‘Okay, cepat-cepat kalau you tahu I nak order air apa, you keluar date dengan I!’ Surprising dia jawab betul! “Milo Ais, okay I keluar date dengan you.” Jawabnya pendek. ‘Okey, kalau macam tu you text I malam ni,’ jawab saya. And yes he texted me! Saya rasa saya tidak lah syok sendiri selama ini, kerana setiap kali shooting saya memang minum milo ais. Maksudnya, dia perhatikan saya juga lah!” Daripada situ bibit-bibit cinta mulai berputik. Apa lagi yang buat Fathia terpikat dengan Aiman?” Oh, di sebalik ketegasannya, dia sangatlah manja! Haha! Setiap kali merenung, dia, he has those cute puppy eyes yang boleh buat saya cair dan lembut hati. Kata orang nak naik meradang pun tak jadi. Satu lagi mengenai Aiman, dia jenis yang setia. Jadi saya memang percayakan dia sepenuhnya. Tak pernah timbul isu cemburu kalau dia sedang bekerja.”

 

Tegas Fathia, hubungan cinta mereka bukanlah seperti pasangan klise yang lain. Mereka jarang-jarang sekali berhubung melalui telefon. “Tak adalah nak tanya tengah buat apa? makan apa? Cukup sekadar ucap selamat pagi dan selamat malam sebelum tidur,” jelas Fathia. Saya difahamkan yang dua bintang ternama ini juga tidak selalu berjumpa. Dalam seminggu mereka hanya bertemu dua kali. “Kami percaya antara satu sama lain. Saya memang tak suka lelaki clingy! Bila sudah jarang berjumpa, rasa rindu itu membuah-buah ingin berjumpa. Kalau sudah berjumpa kerja kami satu saja, makan! Aiman tahu saya suka makan, jadi dia akan ambil hati dengan bawa saya mencuba makanan di restoran-restoran eksklusif sekitar ibu kota. Katanya dia seronok tengok saya makan,” “No, I turn on kalau tengok you makan!” Celah Aiman mengusik Fathia. “Fathia sangat bijak memilih menu makanan. Semua yang dia pilih sedap-sedap belaka. The food combination is so perfect. Kalau saya nak tunjuk pandai sikit saya pun orderlah, tetapi memang menghampakan selalunya,” tambah Aiman lagi yang menggemari masakan Cina dan Jepun.

 

“Saya bersyukur sangat kerana Aiman terang-terangan sudah memberitahu saya yang dia tidak suka saya kurus! Cita rasanya biarlah saya ini berisi sikit. Yang peliknya dia memang kaki gim dan sangat jaga pemakanannya tetapi kalau saya nak work out dia tak bagi. Dek kerana hobi saya suka makan, dia menggelar nama manja saya sebagai Siti Cik Mok Wan Kembang. Kurang asam betul! This is the first time I am revealing this embarrassing nick name! Haha!” ujarnya yang sama-sama ketawa bersama Aiman, tidak mampu menahan kelakar. “Siapa pujuk siapa dulu, apabila anda berdua bermasam muka?” Pantas Fathia mengangkat tangannya. “Aiman nak pujuk saya? Dalam mimpi lah! Saya rasa mungkin kerana saya lebih matang,” kerling Fathia mengusik teman lelakinya.

 

Sambung Fathia lagi, Aiman juga suka dia berpakaian seperti tomboy sedikit. “Dia kurang berminat jika saya berdandan cantik dan mengenakan dress dan sepatu tinggi. Katanya watak saya dalam Diandra yang berpakaian persis lelaki dan sedikit ganas memang cocok dengan jiwanya. Dan itulah saya kalau di luar set. Saya sendiri suka dengan gayanya yang santai. Semakin koyak-rabak seluar jeans itu semakin seksi Aiman!” gurau Fathia. Pasangan ini juga jika berkelapangan, suka berekreasi di pantai atau sungai bersama teman-teman untuk bermandi-manda. “Saya cukup tidak suka aktiviti luar. Tetapi lain pula Aiman, jiwanya ditakdirkan untuk bersukan. Aiman seorang yang akan melepaskan amarahnya dengan bermain bola sepak. Setelah puas bersesak dada kepenatan berkejaran satu padang, barulah dia bisa mengecapi perasaan tenang kembali. Saya paling-paling pun jadi cheerleader untuk Aiman bila dia ada perlawanan bola. Kalau pergi ke sungai, saya bawalah barang-barang spa saya seperti lulur dan melulur badan di sana untuk mengelakkan rasa bosan.”

See also
Princess Olympia Menyambut Hari Lahir Ke-21 Bersama Sosialit

 

Bercerita mengenai momen romantis yang pernah si arjuna lakukan, saya jadi cemburu mendengar ceritera wanita ini. Aiman sanggup membuat kejutan pada malam hari jadi Fathia ke Pulau Pinang. Walhalnya waktu itu Fathia dan keluarganya menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka di sana. Selesai saja majlis perkahwinan itu, Aiman terus mengambil Fathia dan membawanya di sebuah restoran di Batu Ferringhi. “Ya, sebaik saya tiba di sana, restoran sudah pun tutup cumanya ada satu meja yang dihias dengan bunga segar dikelilingi dengan cahaya lilin dan seorang cef yang menghidang menu makanan pada kami. Dan semuanya adalah makanan kegemaran saya termasuklah kek coklat sebagai pencuci mulut. Betapa saya rasa seperti kisah dongeng saat itu!” Adakah Fathia romantis? “No!” tangkas Aiman menjawab. Fathia hanya mampu memberi tenungan geram pada kekasih hatinya.

 

Kalau Aiman pula, katanya dia cintakan Fathia kerana dirinya yang tidak berpura-pura dan gila-gila orangnya. “She is totally the opposite of me. But our differences are actually what bring us together. Semua tahu Fathia kalau depan orang lain mesti mahu tunjuk macho macam ‘boboi’ sikit. Tapi kalau dengan saya, ya Tuhan, sifat mengada-ngada dia boleh naik geli! Dia sangat feminin dan manja apabila bersama saya. Kami juga ada berkongsi satu hobi, iaitu menyanyi. Kadang-kadang saya akan capai gitar dan petik lagu kegemarannnya dan Fathia dengan spontan terus menyanyi. Manalah saya tidak cair dengannya, sudahlah cantik suara pula merdu walaupun kalau dia merajuk umpama ribut taufan melanda Malaysia!” ujar Aiman sambil menjeling nakal pada Fathia yang sedang disolek.

 

Apa yang annoying mengenai buah hati you? Saja saya menjerat Aiman dengan soalan ini. “Oh, dia ada tabiat suka ke pusat membeli-belah. Saya cukup trauma kalau ke shopping mall bersamanya. Pantang tengok benda, mulalah nafsu membeli-belahnya meluap-luap datang. Alasannya her guilty pleasure kononnya. Saya kalau nampak dia dah tenung satu benda saja, cepat-cepat saya terus tarik dia ke tempat lain. Puas jugalah bertarung dengannya. Macam-macam taktik saya gunakan termasuk psiko dirinya agar tidak berbelanja boros. Adakala saya tewas, ada masa saya berjaya. Saya sehinggakan sudah arif dengan kesukaanya. Saint Laurent dan Salvatore Ferragamo adalah dua jenama yang digilainya.”

 

Kata Aiman, love is when a man lost his degree and a woman gain her master! Aiman sepertikan sudah tahu apa yang bakal saya soalkan kepadanya, dia mengakhiri perbualan kami dengan mengatakan hasratnya untuk menamatkan zaman bujangnya dengan menikahi Fathia pada tahun ini juga! “Tidak mahu tunggu lama-lama. Pihak kedua belah keluarga juga sudah sebulat suara mahu disegerakan majlis perkahwinan. Seandainya sudah bernikah nanti, saya kalau boleh mahu cepat-cepat timang cahaya mata,” ujarnya menyimpan hasrat. Segala persiapan masih dirahsiakan kerana terlalu awal untuk diceritakan. Apapun kami doakan yang terbaik buat mereka berdua.

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu Februari 2016