Most GLAM 2017, Meet Society's Most Glamorous Achievers, Nora Khalid

Most GLAM 2017, Meet Society’s Most Glamorous Achievers, Nora Khalid Bersama 10 Lagi Jelitawan Berjaya

Team GLAM merahsiakan daripada Nora Khalid, 36, yang dia terpilih menjadi wajah GLAM untuk isu November. Nora hanya diberitahu sebagai salah seorang wanita Most GLAM kami pada tahun ini.

 

Tutur bicaranya memperlihatkan kematangan diri. Dia bijak dan merendah diri. Meski bidang kerjanya dikuasai oleh kaum lelaki Nora membuktikan kredibilitinya dalam menerajui empayarnya. Masa terlalu cepat berlalu. Pejam celik, pejam celik penglibatannya dalam dunia perniagaan sudah menjangkau tujuh tahun! Hari itu Nora hadir dengan gaya effortless, hanya mengenakan sweater yang dipadankan bersama sweatpants sambil tangannya memegang takeaway coffee. So American!

 

Pengasas Bersama dan Pengarah Kreatif di Whisk, perniagaan keluarga yang diusahakan sesama beradik. Kedai kopi yang berkonsepkan speciality coffee bar ini menjadi perintis yang menghembus nafas moden kepada coffee society kota. Bila berbicara mengenai kopi, Nora seolah-olah tidak boleh berhenti daripada berbicara dengan memberi informasi terperinci. Daripada petani kopi hinggalah ke proses penyediaan, segalanya dikupas satu per satu. “Just remember…​ high quality beans should be roasted with equal amount of care and then cared for by baristas with the same amount of attention to detail.​” ​Panjang lebar Nora berkongsi.

 

Nora mengimbas sejarah awal pembukaan kedai kopinya. Menurutnya kala itu tidak ada lagi independent café sebagaimana hari ini. Sekarang ini boleh dikatakan semua orang mahu membuka ​k​af​e​ dan menjual kopi. “The Italians has been drinking espresso berkurun dulu dan Malaysia pula sejak bila? Masih saya ingat lagi sewaktu kecil, Equatorial Hotel adalah satu-satunya tempat yang saya boleh dapatkan ice latte atau frappuccino, or any fancy coffee! Sebelum Starbucks masuk ke Malaysia pada 2000, di mana agaknya anda boleh nikmati secawan kopi enak? Sekembalinya saya ke tanah air setelah beberapa tahun di New York, I couldn’t find a good coffee place for myself anywhere in KL, let alone a nice spot to sit for an hour or so. Sebenarnya daripada situlah bermulanya idea menubuhkan Whisk,”​ ​ujar​nya lagi.

 

Nora mengambil pendekatan dengan bertanya kepada pelanggan dan menerangkan sejarah kopi yang diminum mereka. Namun kata Nora, tidak semua menyenangi niat murninya itu kerana ramai pelanggan yang tidak gemar diganggu dan berasa pelik apabila dia datang bersembang dengan mereka. “You have got to talk to them, you have got to do the hard work. Saya mahu mereka tahu asal usul kopi, bagaimana ia dibuat. To educate the customer about coffee, and also to let them know where their RM10 went to. Tetapi saya kesal kerana kebanyakan pelanggan tidak senang apabila kita mahu berbual dengan mereka. Saya tidak akan berputus asa untuk terapkan budaya ramah bersama pelanggan dan bersembang dengan mereka, Saya cedok budaya ini setelah menetap selama 10 tahun di kota New York. It’s the culture there to have a chat with a stranger, and it’s definitely not something weird!”

See also
Pelantun Lagu Januari Sudah Tiada

 

Hari ini Nora sudah boleh tersenyum bangga kerana berjaya melebarkan empayar dengan membuka empat lagi cawangan. Kedai kopi pertamanya dibuka sekitar awal tahun 2010 yang diberi nama Whisk Espresso Bar and Bake shop bertempat di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya manakala cawangan kedua, Whisk Outpost dibuka lewat 2011 di Pusat Beli-Belah One Utama, ketiga Whisk Coffee & Pantry di Damansara City Mall dan terbaru Whisk di Jaya Grocer, The Starling Mall yang berkonsepkan bar untuk pelanggan yang mahu minum kopi sambil membeli-belah barangan dapur.

 

Istimewa, Nora mencuba sesuatu yang baru dalam perniagaannya iaitu untuk cawangan ketiga, Whisk Coffee & Pantry di Damansara City Mall dia turut menyediakan menu makanan untuk pelanggan menikmati kopi dan makan tengah hari.“Saya kira ini satu cabaran buat kami. Kerana semua yang terbabit dengan cawangan ketiga ini have never been in the kitchen industry before. Jadi kami sama-sama turun padang untuk menjayakannya. Alhamdulillah menu kami mendapat sambutan.” Jelasnya bangga.

 

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Assunta dan ketika berusia 16 tahun dia berpeluang untuk melanjutkan pelajarannya ke sekolah berasrama penuh di United Kingdom. Graduan dari Parsons School of Design, di New York ini mempunyai ijazah di dalam jurusan Design and Management. Pengalaman 10 tahun di ​k​ota New York telah mematangkannya dalam hidup. “I wanted to be in New York since the beginning. Walaupun ibu tidak membenarkan saya pergi atas faktor usia dan bersendirian ketika itu,” ceritanya lagi. “I love new adventures. Dan hidup sebagai seorang pengembara itu sangat indah, penuh dengan warna warni kehidupan.”

 

Nora akui semangat dan kekuatannya untuk menceburi dunia perniagaan adalah hasil dorongan dan setelah melihat dedikasi ayahnya, Datuk Syed Khalid mengendalikan beberapa perniagaan. Impiannya adalah untuk menjadi usahawan berjaya persis bapanya. “Ayah bukan ikon perniagaan saja tetapi dia ikon dalam segala aspek. Dialah role model saya dalam bidang kerja, kehidupan dan keluarga. I want to do well by my husband as well as my family. I believe that your legacy is in how you influence and shape your family, and the people that work for you. To be better people for future generations. He has instilled that in me, so it’s my responsibility to continue that.”

See also
10 Soalan: Maya Karin

 

MOST STYLISH GIRL IN KL Nora Khalid is the true fashion girl! Ya, kerana dia memiliki cita rasa yang sangat tinggi berkaitan soal fesyen. Meminati helaian pakaian dari label Isabel Marant, Rick Owens, Acne dan The Row untuk dipakai sehari- hari. T-shirt dan jeans adalah trademark empunya diri. Pun begitu apabila ada majlis di ibu kota, dia akan pasang badan mengikut tema yang diberi. “I am whatever city I’m in. I dress slightly different depending on the city. When you’ve lived in different cities and have a history with a place, that tends to happen automatically. Saya tidak berpakaian seperti saya di New York, Paris untuk menghadiri minggu fesyen. If I’m in Paris for work and it’s fashion-related, forget celebrating the ruffles or puffs! Warna hitam, putih dan kelabu menjadi mainan saya. And if I’m in New York? Now that’s when I get to channel my inner boho… its all about approriateness. Saya sudah didedahkan dengan dunia fesyen sejak muda. Saya buat internship di butik-butik pereka fesyen dan bekerja dengan pereka di New York, Paris, hinggalah Miami membuatkan cara pemahaman fesyen saya berlainan mengikut setiap pengalaman.”

 

Tambah Nora lagi, dia membesar dengan melihat ibunya yang begitu berpegang teguh dengan DNA fesyen peribadinya. Tidak dinafikan pada era itu ibunya tidak terkecuali untuk memiliki tas Louis Vuitton, Gucci dan Chanel klasik, tetapi ibunya tidak pernah menjadi mangsa fesyen yang menghabiskan duit tidak tentu hala.

 

Apabila bertanyakan hubungannya dengan couturier Indonesia yang mementaskan himpunannya di Paris saban musim, Didit Hediprasetyo, dia menjawab mesra. “Kami mengenali antara satu sama lain ketika menuntut di Parsons dan ikatan kami saling tidak tumpah seperti adik beradik! Dan saya bersyukur persahabatan kami berkekalan sehingga hari ini.”

 

Nora menyentuh kreativiti fesyen tempatan, dia mendambakan sesuatu rekaan yang benar-benar mengggambarkan DNA rekaan mereka. Dia kecewa melihat pereka sekarang yang digelarnya sebagai ‘pencuri’ tiada daya keyakinan diri dan kreativiti yang tinggi hinggakan hanya mampu mencedok rekaan pereka antarabangsa. “Today, often I see straight up theft, blatant copy and paste, and that’s just cheap.
Saya mahu lihat keaslian dalam setiap rekaan daripada pereka tempatan,” terangnya lagi.

 

Kalau dulu dia ketagih membeli-belah helaian fesyen untuk dirinya, sejak bergelar ibu, dia juga diserang sindrom membeli-belah buat si kecil. Kata Nora, dia geram melihat baju kanak-kanak yang bersaiz kecil. Semuanya comel-comel belaka. Stella McCartney Kids dan Mini Rodini menjadi obsesinya untuk helaian Raya.

See also
"Everybody deserve to feel important" - Datin Sharifah Shawati

 

MOTHERHOOD GAME Saya mendasari isi hatinya sebagai seorang ibu, ternyata matanya memancarkan sinar kebahagiaan yang tidak bisa disembunyikan lagi. Dia tersenyum bahagia apabila bercerita mengenai putri tunggal cinta hatinya Raya Sophie Nor! Nora akui sebaik sahaja anaknya lahir, dunianya bagai berubah. Dia berasa dia adalah wanita sempurna kerana diberi nikmat untuk melahirkan zuriat.

 

Keutamaannya juga beralih sepenuhnya kepada Raya yang kini berusia dua tahun lebih. “Sewaktu hamilkan Raya, saya langsung tidak boleh bau kopi, bayangkan benda yang saya cinta, berubah jadi benci. Saya berehat selama setahun daripada bekerja kerana alahan pada bau kopi. Saya juga bingung dengan perubahan bentuk badan saya, dan tidak tahu mahu membeli saiz apa helaian pereka kesukaan saya. I always collect pieces from my favourite collection, tetapi apabila hamil, saya buntu saiz apa saya mahu beli dan baju apa yang sesuai dengan saya. Saya ambil masa juga untuk menerima keadaan saya yang hamil. I wasn’t embracing my pregnancy. Mungkin kerana ini adalah pengalaman pertama. Tetapi setelah Raya berada di pangkuan, saya tahu itu adalah anugerah terindah di dalam hidup saya. Besar kuasa Allah. Barulah saya mengerti perasaan dan naluri sebagai ibu.”

 

Sambung Nora lagi, dia menyifatkan Raya sebagai seorang yang berdikari, persisten, yakin diri dan energetik. Raya juga bayi yang tidak pernah lekang dengan gelak tawa. Tidak seperti sesetengah ibu bapa yang terlalu mengawal pemakanan bayi mereka, Nora hanya menggunakan kaedah diet seimbang pada anaknya dan tidak melarang dia untuk makan sesuatu yang dia gemar. Biarpun masih bayi, Nora seakan boleh merasakan yang Raya adalah seorang yang penyayang dan mesra. Dan apa yang menyentuh hatinya, Raya bijak mengambil hati kedua orang tuanya apabila dia berbuat salah. Ramai teman-teman Nora yang senang dengan pencapaian Raya yang bijak bertutur pada usia yang sangat muda. Rahsia Nora ialah, dia sering membacakan buku untuk Raya semenjak dalam kandungan lagi. Nora juga tidak pernah mengajar anaknya baby talk dan dia akan menggunakan intonasi tegas kepada Raya untuk dia mendengar peraturan yang diberi agar dia menjadi seorang yang berdisiplin dalam hidup. Di akhir perbualan Nora panjatkan kesyukuran kepada Illahi, kerana suaminya, Muhammad Yassar Datuk Hamzah adalah sumber kekuatannya dalam meniti kehidupan bergelar isteri, ibu dan usahawan.

 

Dipetik daripada GLAM Malaysia Isu November 2017