GLAM Deko Promosi - Menangi Kusyen Batik Tajaan KitaKita - Glam Malaysia

GLAM Deko Promosi – Menangi Kusyen Batik Tajaan KitaKita

 

 

 

Best of local‘ menjadi komitmen KitaKita dalam meraikan kraf dan kesenian Malaysia dengan menawarkan barangan dan produk tempatan terpilih buatan eksklusif. Antara yang menarik untuk dikongsi bersama pembaca GLAM Deko, empat set sarung kusyen lukisan batik, terhad dan eksklusif untuk dimenangi. Hadirkan di ruang tamu buat menyuntik aura autentik bersemi kontemporari dalam persembahan ruang. Pastinya menampilkan tata hias lebih mempesonakan.

 

KitaKita lahir dari minat serta cinta empat pengasasnya – Nori Abdullah Badawi, Mona Jamaluddin, Hana Jamaluddin dan Pam Shahril terhadap kraf tempatan dan juga keingnan untuk melihat hasil seni serta reka bentuk Malaysia menjadi sesuatu kebangaan seluruh masyarakat Malaysia. Bermula secara kecil-kecilan pada 2010, KitaKita kini sudah berkembang lebih tiga kali ganda dari kedai asal. Lebih empat tahun sejak ditubuhkan, kesungguhan KitaKita untuk menyokong pengusaha kraf dan kesenian tempatan serta pembangunan dalam semua perkara yang berkaitan, tidak pernah putus.

 

Sejak awal lagi, KitaKita telah berusaha secara berterusan untuk mewujudkan landasan serta model baru dan mampan untuk pengusaha kraf tempatan. KitaKita bergiat untuk membawa persepsi yang lebih menghargai kraf dan kesenian Malaysia – bekerja bersama individu mahupun organisasi yang sehaluan dalam meningkatkan kesedaran serta minat orang ramai terhadap rekaan tempatan. Keupayaan KitaKita untuk berkembang sehingga kini menjadi bukti bahawa usaha ini telah berbuah dan hasil seni kebudayaan Malaysia sedang dinilai dan mendapat penghargaan yang sewajarnya.

See also
Gabungan Ketelusan Seni Antara Gucci & Unskilled Worker

 

  1. Ikuti (follow) GLAM DEKO di Instagram @glamdekomy 
  2. Repost pada akaun anda dengan menggunakan hashtag #glamdekogiveaway dan tag @kitakitamy dan @glamdekomy
  3. Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah like tertinggi yang diterima
  4. Pemenang yang berjaya akan diumumkan pada 3 Ogos 2017

 

 

Terma & Syarat Penyertaan:

  • Promosi ini akan tamat pada  11.59pm, 31hb Julai 2017 (tertakluk pada perubahan). Para pemenang akan diumumkan pada  3hb Ogos 2017 (tertakluk pada perubahan).
  • Hanya post yang dilakukan pada sepanjang tempoh promosi dikira sah
  • Pemenang akan dihubungi melalui mesej terus Instagram (Instagram Direct Message).
  • Pemenang perlu hadir sendiri ke pejabat Blu Inc Media Sdn Bhd untuk tuntutan hadiah.
  • Anda harus mengikut setiap langkah yang telah ditetapkan bagi melayakkan penyertaan promosi ini.
  • Kegagalan menghubungi pemenang dalam masa seminggu dari tempoh pemberitahuan menjadikannya terbatal
  • Hadiah yang tidak dituntut dalam tempoh sebulan dari tarikh pengumuman pemenang dikira tidak sah.
  • Blu Inc Media Sdn Bhd tidak akan melayan sebarang aduan tentang hadiah selepas ianya menjadi hak milik pemenang.
  • Blu Inc Media Sdn Bhd tidak bertanggungjawab terhadap kehilangan, kerosakkan, kecederaan peribadi atau kematian yang dialami oleh peserta yang ingin terlibat dalam promosi ini.
See also
Cosentino Perkenal The Collection Dekton 2020