Putera William dan Putera Harry Akhirnya Berkongsi Kisah Kehilangan Puteri Diana - Glam Malaysia

Putera William dan Putera Harry Akhirnya Berkongsi Kisah Kehilangan Puteri Diana

Ulangtahun ke-20 kemangkatan Puteri Diana semaking menghampiri dan pelbagai persiapan sedang dilakukan untuk memperingati puteri kegemaran ramai ini. Antaranya adalah sebuah dokumentari yang mengikuti kisah hari-hari sebelum Puteri Diana terkorban oleh BBC yang bertajuk Diana.

 

Putera William dan Putera Harry yang baru-baru ini sahaja sudah mula berkongsikan kisah bagaimana mereka menghadapi pemergian ibu mereka kepada wartawan dan pihak umum juga akan ditampilkan dalam dokumentari tersebut.

 

Putera William dan Putera Harry sewaktu perkahwinan Pippa Middleton.
Foto: WENN.com

“Sebahagian daripada sebab saya dan Harry mahu lakukan ini adalah kerana kami merasa terhutang kepadanya [Diana],” nyata William menurut BBC.

 

“Sebahagian lagi adalah perasaan kami seperti kami telah mengecewakan ibu kami sewaktu kami masih muda. Kami tidak dapat melindungi dia.” Di mana dia kemudiannya menambah “Kami merasakan ia tanggungjawab kami untuk melindungi namanya dan mengingatkan orang ramai kepada perwatakan dan dirinya sebagai seorang individu–tanggunjawab kami sebagai anak-anak lelaki dia untuk melindungi ibu kami.”

See also
Hailee Steinfeld: I Am Not Dating Justin Bieber

 

Putera Harry juga bersetuju dengan jawapan abangnya, “Saya merasakan ia tidak akan menjadi satu perkara yang mudah untuk kami berbicara mengenai ibu kami, tetapi selepas 20 tahun kami rasa ini masa yang sesuai untuk mengingatkan orang ramai kepada perubahan yang dia telah lakukan, bukan sahaja kepada keluara kami, tetapi juga dunia.”

 

Puteri Diana berusia 36 tahun ketika dia terkorban dalam satu kemalangan di Paris pada 31 Ogos 1997. Meninggalkan Putera William dan Putera Harry yang berusia 15 tahun dan 12 tahun.

 

Dokumentari 90 minit ini bakal ditayangkan pada Ogos ini sebelum tarikh ulangtahun pemergian Puteri Diana.