Mariah Carey Berpisah Dengan Teman Lelakinya Angkara Cemburu - Glam Malaysia

Mariah Carey Berpisah Dengan Teman Lelakinya Angkara Cemburu

Penyanyi ‘Vision of Love’ Mariah Carey dilaporkan telah berpisah dengan teman lelakinya/penari latar Bryan Tanaka selepas beberapa bulan bersama ikutan perpisahan Carey dengan bekas tunangnya James Packer.

 

Foto: Vince Flores

TMZ melaporkan bahawa Carey memutuskan hubungannya bersama Tanaka akibat tabit berbelanjanya yang mewah dan juga sikap cemburu berlebihannya terhadap hubungan Carey bersama bekas suaminya, Nick Cannon.

 

Foto: Lionel Hahn

Carey yang berpisah dengan Cannon pada tahun 2014 mengekalkan hubungan yang baik untuk bersama menjaga anak kembar mereka, Monroe dan Moroccan. Ini menyebabkan Tanaka cemburu dan dia mula berfoya-foya dengan wanita lain di hadapan Carey.

 

Foto: Michael Wright/WENN.com

“Mereka baru sahaja berpisah. Mariah yang memutuskannya — semua orang berharap yang dia akan berbuat demikian. Dia ada perkara lebih bagus untuk diberi fokus. Mariah sangat gembira. Dia sedang memberi fokus kepada anak-anaknya dan menghasilkan muzik baru.” nyata satu sumber kepada People.

See also
Supermodel Dengan Bayaran Tertinggi

 

Cannon juga menyatakan yang dia tidak mengetahui apa-apa pun mengenai hubungan Carey dan Tanaka.

 

“Bagi saya, dia merupakan seorang ibu yang hebat dan kami membeir fokus kepada anak-anak kami. Perkara itu tidak akan berubah tidak kira siapa dalam hidup saya atau siapa pun dalam hidup dia. Kami mempunyai anak bersama, jadi kami akan sentiasa menjadi keluarga,” terang Cannon kepada Entertainment Tonight.

 

Lagi satu berita gembira buat peminat Mariah Carey adalah dia bakal mengeluarkan album baru pada tahun ini selepas memperbaharui kontraknya bersama Epic Records. YAS!