Kristen Stewart Mencari Semangat Gabrielle Chanel Di Sebuah Gudang Terbiar - Glam Malaysia

Kristen Stewart Mencari Semangat Gabrielle Chanel Di Sebuah Gudang Terbiar

Filem pendek pertama daripada empat untuk kempen koleksi tas tangan terbaru Chanel yang didedikasikan kepada pengasas jenama ikonik tersebut, Gabrielle, telah dikeluarkan dan turut menampilkan pelakon dan muse Chanel, Kristen Stewart.

 

 

Filem yang diarahkan oleh Daniel Askill itu menunjukkan Stewart seperti meracau dalam sebuah gudang kosong dan terbiar untuk bertemu dengan semangat Gabrielle.

 

 

Sebaik sahaja chandelier dalam gudang tersebut jatuh ke lantai, Stewart mula menari dalam keadaan yang penuh perasaan dan agresif seperti dirasuk oleh sesuatu. Dia tampil tenang hanya pada saat dia melihat nama Gabrielle terpapar di salah satu tingkap berhabuk dalam gudang tersebut.

 

“Apa yang kami buat adalah pencarian semangat Gabrielle, dan pergaduhan [dengan diri sendiri] yang anda dapat rasai dengan idea kehilangan seseorang,” terang Stewart.

 

“Terdapat sesuatu yang ngeri mengenai filem ini tetapi pada masa yang sama memberi semangat. Ia membawa saya kepada namanya, Gabrielle, ditulis diatas cermin tingkap, seperti satu pengesahan. Saya telah diterima. Ia juga melambangkan gambaran pertama Gabrielle yang dia mahu saya lihat, dan saya menjadi gembira.”

See also
Manifesto Stella McCartney Kukuhkan Lagi Jenamanya

 

Apa pula yang bakal dikongsikan oleh Chanel dalam tiga lagi filem pendek untuk kempen ini?

 

Sakiskan filem pendek tersebut di bawah: