40 Mitos Cantik (Bahagian 2)
Sambungan Bahagian 1…
Gambar: ingimage
21. CHOCOLATE MAKES YOUR BREAKOUT
Coklat bukan punca utama pertumbuhan jerawat. Tetapi diet yang tidak seimbang boleh mengakibatkan ia berlaku.
22. TIDUR TANPA MENCUCI MASKARA DI MATA ADALAH SELAMAT
Tentu sekali tidak! Tahukah anda maskara memiliki kompaun aktif yang boleh membuatkan bulu mata luruh jika tidak dicuci betul? Lebih menakutkan jikalau terkena jangkitan di kawasan mata. Oleh itu, pastikan solekan muka dicuci sebersih-bersihnya sebelum masuk tidur.
23. TELEFON BIMBIT BERI KEBURUKAN PADA KESIHATAN
Ada pakar mengatakan bahawa telefon bimbit penyumbang bakteria terbanyak berbanding bakteria tombol pintu dan mangkuk tandas. Pastikan anda kerap membersihkan skrin telefon bimbit untuk menghapuskan segala kuman yang ada.
24. PAM MASKARA BERI ILUSI LEBIH DRAMATIK
Mengepam maskara sebenarnya mengundang kepada tambahan angin dan buih dalam tiub maskara. Kesannya, ini akan mengeringkan kandungan maskara dan kuasanya. Jika anda kehabisan maskara, pusingkan maskara di dalam tiub sebelum menariknya keluar. Sapuan jadi lebih cantik dan menarik.
25. MINUM TEH MENGAKIBATKAN GIGI KUNING
Segala jenis minuman bisa menyumbang kepada kekuningan enamel gigi. Jika kamu tidak mampu mengabaikan sikap meminum teh dan kopi setiap pagi, cuba biasakan diri dengan meminumnya menggunakan straw untuk meminimumkan kesan pewarna terkena pada gigi anda.
26. AMALAN MEMINUM AIR MENYIHATKAN BADAN
Sebaik kesihatan badan, begitu juga manfaat pada kulit. Dengam meminum lebih banyak air, kulit jadi lebih lembap dan tampak sihat selalu. Bila anda menginginkan air berkarbonat cuba capai satu gelas air suam dan amalkannya. Trust us, your skin will thank you!
27. MINYAK ZAITUN BISA DIJADIKAN PEMBERSIH WAJAH
Percaya atau tidak minyak zaitun boleh menjadi pembersih kala di rumah. Namun ia akan lebih berhasil jika kulit wajah normal. Campurkan suku minyak zaitun dengan sesudu gula merah dan pedap ke kulit kering untuk memudahkan proses pengelupasan kulit berlaku.
28. SPLIT ENDS CAN BE REVERSED
Malangnya bila rambut bercabang mula hadir, memotong bahagian hujung rambut atau mendapatkan potongan rambut yang baru adalah jalan penyelesaiannya. Berita baiknya, ada produk rambut yang bisa membuat ia tidak kelihatan. Cuba hadkan penggunaan alatan panas pada rambut seperti pengering rambut, dan flat irons untuk hasil lebih sihat dan bersinar.
29. TANNING MEMADAM SEGALA NODA KULIT
No way! Pancaran matahari menambah buruk kulit sedia ada. Pastikan anda menutup bahagian muka dengan produk pelindung sinar yang bebas minyak untuk menghalang kejengkelan kulit berlaku.
30. AVOKADO PUPUR TERBAIK
Kedengaran pelik, namun ia berhasil. Lenyek avokado masak dan adunkan bersama sedikit jus lemon. Aplikasikan adunan ini pada seluruh wajah dan leher untuk kulit mulus dan tegang.
31. SETENGAH PEMBERSIH WAJAH MENGECILKAN PORI-PORI
Sekali lagi, saiz pori-pori adalah genetik. Walaupun banyak produk menjanjikan pengecilan pori-pori pada wajah, ia tidak akan berjaya meminimumkan saiz pori-pori yang berkekalan. Produk pembersih ini selalunya memberi efek pori-pori mengecil untuk sementara waktu sahaja.
32. PEMBAYANG MATA SEPADAN BUAT MATA LEBIH GALAK
Satu idea kuno. Era moden kini tidak hanya fokus pada rona sepadan. Campuran dan rona kontras menampilkan personaliti berbeza dan menarik. Usah takut mencuba.
33. PEMUTIH GIGI BUAT ENAMEL GIGI ROSAK
Pastikan anda mengikut arahan pada kotak produk pemutihan gigi satu persatu. Andai kata produk ini digunakan dengan cara yang tidak betul dan terlalu kerap ia akan membawa bahana pada gigi anda. Dapatkan nasihat pakar sebelum menggunakannya.
34. MEWARNA HITAM KUKU MENGUBAH WARNA ASAL
Kekerapan mewarnakan kuku rona hitam boleh menjadikan kuku anda kekuningan. Usah gusar, warna kuning ini hanya bersifat sementara, ia tidak membahayakan dan ia juga boleh dicegah. Sebelum mewarnakan kuku, sapukan base coat terlebih dahulu supaya boleh melindungi kuku anda dari menjadi kuning.
35. TIDUR TERLENTANG CEGAH KEDUTAN
Selepas anda ketahui rahsia ini anda akan mula berjaga-jaga dengan posisi tidur anda dan mengambil berat akannya. Bila anda tidur dalam posisi mengiring anda akan menghasilkan kesan ‘garisan tidur’ dan akan menyebabkan ia kekal sebagai satu kedutan. Jadi ubat posisi tidur anda hari ini.
36. SIKAT 100 KALI SETIAP MALAM BERI SINAR PADA RAMBUT
Usah menaruh harapan tinggi. Menyikat rambut dengan kerap boleh menyebabkan akar rambut tertarik dan bakal menyebabkan rambut gugur. Formula rambut sihat hanyalah dengan menyikat rambut kala mengering dan menggayakannya. Jangan lupa menyembur penyembur untuk memberi sinar pada rambut.
37. PRODUK KECANTIKAN PUNYA TARIKH LUPUT
Sama seperti makanan, produk kecantikan juga ada jangka hayatnya. Jangan biar lama ia akan mendatangkan keburukan pada kulit anda. Ingat hari anda membeli dan catat supaya tidak terlepas tarikh luputnya.
38. MINYAK KELAPA BERI EFEK LEMBAP PADA KULIT
Minyak kelapa mengandungi pelembap yang bisa memberi nyawa kepada kulit tidak bermaya. Tetapi jika anda terdedah kepada jerawat dan kulit pula berminyak, adalah lebih baik anda tidak mengamalkannya.
39. TIDAK PERLU PELINDUNG SINAR KALA HARI MENDUNG
Ultra lembayung masih menggangu kulit walau di hari mendung. Ia bukan suatu yang pasti, ada yang berpendapat dalam suhu sejuk dan tiada cahaya matahari juga boleh memudaratkan kulit. Usah percayakan mitos ini dan gunakanlah pelindung sinar sebelum anda keluar dari rumah.
40. TIDAK MEMAKAI CERMIN MATA BOLEH MENYEBABKAN KEDUTAN
Mengabaikan kepentingan memakai cermin mata bila perlu adalah sikap yang tidak baik. Bila anda tidak memakai cermin mata, mata mudah menjadi juling dan bila juling terjadi kedutan mula timbul. Pakailah cermin mata bila anda memerlukannya.