Scarlett Johansson Menuntut Hak Penjagaan Anak Di Mahkamah
Setelah beberapa minggu media berspekulasi mengenai perceraian pelakon Scarlett Johansson dan suaminya Romain Dauriac, akhirnya dia bersuara mengenai hal ini.
Scarlett Johansson dan Romain Dauriac Foto: WENN.com
Johansson memberitahu Page Six bahawa dia tidak akan berkongsi hal perceraiannya bersama khalayak ramai atas rasa hormatnya kepada keinginannya sebagai seorang ibu dan juga rasa hormat kepada semua ibu yang bekerja.
Pelako tersebut telah memfailkan percerainnya bersama Dauriac pada Selasa lepas di Manhattan telah menuntut hak penjagaan anak mereka, Rose.
Walaupun Johansson enggan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hal ini, peguam bekas suaminya pula menyampaikan kenyataan Dauriac untuk berpindah semula ke Perancis bersama anak mereka kerana Johansson sering kali ke luar negara.
Scarlett Johansson dan Romain Dauriac Foto: WENN.com
Bekas suaminya itu juga turut mengeluarkan kenyataan mengenai keputusan Johansson untuk membawa hal ini ke mahkamah ketika mereka sedang berunding secara peribadi:
“Malang sekali, terutamanya untuk anak kami, yang Scarlett telah memfailkan kes ini ke mahkamah dan membuatkan perbezaan peribadi kami pengetahuan umum. Saya memohon kepadanya untuk menarik balik tindakannya dan kembali kepada, walaupun hal ini tidak menyelesakan, meja rundingan.”