Swarovski x Disney Menghidupkan Beauty & The Beast Dalam Bentuk Kristal Edisi Terhad 2017 - Glam Malaysia

Swarovski x Disney Menghidupkan Beauty & The Beast Dalam Bentuk Kristal Edisi Terhad 2017

 

 

Swarovski kembali lagi dengan koleksi istimewa Disney mereka untuk tahun 2017 ini dengan menampilkan ceraian-ceraian daripada cerita dongeng kegemaran ramai yang bakal menemui anda semua di pawagam soonBeauty and The Beast.

 

Kolaborasi Swarovski bersama Disney saban tahun untuk koleksi istimewa seperti ini telah memikat hati dan memukau peminat seantero dunia dengan keindahan dan keanggunan setiap ceraian yang bergerlipan.

 

Koleksi Beauty and The Beast ini menghidupkan watak utama dalam kisah dongeng ini Belle dan Beast dengan cara yang hanya boleh dilakukan oleh Swarovski.

 

Apa yang boleh didapati dalam koleksi kali ini adalah ukiran Belle yang berkilau dengan gaun kuningnya yang dikenali ramai (hanya boleh didapati untuk 2017 sahaja), sebentuk cincin, seutas rantai, sepasang subang, seutas gelang tangan, kuntum ros merah yang juga terkenal dalam kisah dongeng ini dan juga beberapa batang pen Swarovski x Disney.

 

[envira-gallery id=”61745″]