Putera William Berkongsi Kisah Dia Menghadapi Pemergian Ibunya
Baru-baru ini Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William and Kate Middleton membuat lawatan ke sebuah pusat Perkabungan Kanak-Kanak UK di London bersempena dengan ulangtahun pertama pusat tersebut.
The Duke and Duchess join a @cbukhelp 'Memory Jar' activity in a Support Group session – which helps families dealing with bereavement pic.twitter.com/xg9zWPxfkD
— The Duke and Duchess of Cambridge (@KensingtonRoyal) January 11, 2017
Semasa lawatan mereka ke sana, Putera William dan Kate menyertai satu sesi berkumpulan “memory jar” di mana kanak-kanak menaburkan pasir berwarna yang mengingatkan mereka kepada orang tersayang yang telah meninggalkan mereka ke dalam sebuah balang.
Putera William duduk bersaa seorang kanak-kanak bernama Aoife yang bapanya meninggal dunia enam tahun yang lalu kerana penyakit barah. Putera William mengajar Aoife cara-cara untuk mengatasi kehilangannya dan membuka kisahnya sendiri semasa beliau kehilangan ibunya, Puteri Diana, ketika beliau berusia 15 tahun.
This afternoon The Duke and Duchess of Cambridge are visiting a @cbukhelp Centre, as the London centre marks its one year anniversary pic.twitter.com/k0HK73OmnI
— The Duke and Duchess of Cambridge (@KensingtonRoyal) January 11, 2017
“Awak tahu apa yang terjadi kepada saya? Saya juga kehilangan ibu saya semasa saya masih keicl juga. Saya berusia 15 tahun dan adik saya 12. Jadi kami juga kehilangan ibu kami semasa kami masih kecil. Awak bercakap mengenai bapa awak? Ianya sangat penting untuk bercakap menganainya. Sangat, sangat penting,” terang Putera William.
Aoife menghargai kata-kata Putera William kerana beliau memahami apa yang sedang dilalui oleh kanak-kanak tersebut.
Putera William juga mengongsikan kisahnya dengan seorang kanak-kanak lelaki bahawa dia sendiri berasa sangat marah semasa kehilangan ibunya dan mendapati bahawa sukar untuk dirinya bercakap tentang perkara itu.
Beliau juga pernah berkata:
Apa yang ibu saya sedar pada masa itu–dan apa yang saya fahami sekarang–adalah kesedihan itu merupakan pengalaman yang paling menyakitkan buat seseorang anak ataupun ibu bapa perlu hadapi.