Istilah Malas Tiada Dalam Kamus Hidup Patricia Knudsen - Glam Malaysia

Istilah Malas Tiada Dalam Kamus Hidup Patricia Knudsen

Bersenam untuk makan, Patricia Sue-Lin Knudsen atau lebih dikenali sebagai Patricia K adalah seorang DJ merangkap model dan juga pengacara TV. Punya darah kacukan Denmark dan Cina, dia dilahirkan di Hong Kong dan sedari kecil dibesarkan di beberapa buah negara termasuk Jepun, Hong Kong, Denmark dan juga Malaysia.
 
PatriciaK

“Saya hanya mula menetap di Malaysia pada 2008. Menjadi selebriti mahupun DJ tidak pernah ada dalam rancangan saya kala menjejakkan kaki di bumi ini. Sewaktu berumur 21 tahun saya mengambil peluang untuk melancong ke Australia dari Denmark dengan wang yang disimpan sewaktu bekerja di Agent Provocateur. Dalam pada merancang percutian saya berhenti di Malaysia bertujuan untuk menziarahi ibu dan nenek di sini. Sejak hari itu saya mengambil kata putus untuk menetap di Malaysia. I don’t move to Malaysia intentionally, I came to visit my family.”

 

“Kerana punya emak berbangsa Cina, pelajaran diterapkan seawal usia satu tahun dan kini saya seorang ulat buku! I’m a study freak and love reading. Saya membesar di Jepun selama tiga tahun, beralih pula di Hong Kong selama tujuh tahun. Manakala 11 tahun di Denmark dan selebihnya di Malaysia iaitu lebih kurang enam tahun. Saya boleh bertutur dalam empat bahasa iaitu Inggeris sebagai bahasa utama dan mula bertutur bahasa Denmark bila berpindah ke sana. Juga bahasa Jerman dan Mandarin ketika menetap di Hong Kong. Dan yang terbaru semestinya ingin mempelajari bahasa Melayu.”

See also
Putera Albert Monaco Positif Coronavirus

 

“Selain menjadi DJ, saya pernah mengacara untuk ESPN juga menjadi deejay radio di Capital FM. Jujur saya katakan, segalanya tidak pernah dirancang kala menetap di Malaysia. Joey G mendorong saya langsung mengajar menjadi DJ dan di Malaysia tidak ramai wanita menceburi bidang ini. Untuk memahami muzik adalah tidak sukar bagi saya kerana seawal sembilan tahun, saya sudah boleh membaca not-not muzik dan bermain piano. Saya pernah beraksi buat acara atau parti anjuran Louis Vuitton, Burberry, Versace dan Armani. Kerja dan persembahan saya bermula pada waktu malam. Senaman membantu saya untuk tampil lebih bertenaga selain bertindak untuk membakar kalori dan lemak.”

 

“Saya suka makan dan tidak akan pernah sekali pun menahan lapar demi tubuh langsing atau kurus. Makanan di Malaysia pelbagai dan semuanya sedap-sedap belaka. Warisan budaya Malaysia sendiri adalah makanan. I workout so I can eat. I will not give up food especially in Malaysia. Sejak menetap di Malaysia enam tahun yang lalu berat badan saya naik turun. Dari kurus, sedikit tegap dan toned. Saya mengikuti kelas Muay Thai, yoga dan juga sesi latihan kesihatan di Bodytone kerana inginkan susuk tubuh yang sedikit berotot. Waktu yang paling ideal untuk saya bersenam adalah pada pagi hari. Walaupun bekerja lewat malam, saya boleh bangun awal untuk bersenam.”

See also
Gerangan 11 Jejaka Yang Memberi Inspirasi Kepada Taylor Swift Untuk Berkarya

 

“Malas tidak boleh wujud dalam kamus hidup seorang wanita. Ya, betul 60 peratus adalah diet manakala lagi 40 peratus lagi bersenam. Apa salahnya kalau mengorbankan lebih masa di gim kalau anda termakan lebih kuantiti. Contoh terbaik adalah pada musim perayaan. Inilah sebabnya saya suka makan, bagi saya makanan dan muzik itu sama. They bring people together and happiness. Jangan cakap ada yang ikat perut semata-mata untuk menjaga bentuk badan kala orang ramai menjamu makanan. Make effort and go out exercise, then you can eat as normal people do,” ulas Patricia K panjang lebar.