20 Golongan Kerabat Diraja Paling Bergaya Dunia - Glam Malaysia

20 Golongan Kerabat Diraja Paling Bergaya Dunia

Jika sebelum ini Puteri Diana dan Grace Kelly menjadi tarikan paparazi, kini gelombang diraja baru mengambil alih media sensasi. Daripada penampilan high fashion membawa kepada high street, masing-masing memasang diri agar tampil hebat di mata rakyat sekaligus dunia.

1 of 20

Rania Al Abdullah

Rania

Rania Al Abdullah

Permaisuri Rania memang terkenal dengan gaya chic yang tak lapuk dek zaman. Ibu kepada empat cahaya mata ini cukup menggemari helaian siluet ladylike. Lensa kerap merakamnya menggayakan gaun mengikut potongan badan atau skirt pensel ke majlis kebajikan yang sering dihadiri. Sebagai figura global dan antara wanita yang berkuasa di dunia, Rania sering terlibat dengan aktiviti pendidikan sama ada di negaranya sendiri atau luar negara.