PERNAHKAH ANDA TERBAYANG BAGAIMANA PERASAANNYA MENGEMUDI SEBUAH KAPAL TERBANG? KINI ANDA BERPELUANG UNTUK MENGALAMI SENSASI ITU MELALUI SIMULATOR PENERBANGAN YANG DIDATANGKAN KHAS KE MALAYSIA OLEH BREITLING.
Konsep rekaan booth Breitling di Centre Court Suria KLCC, 12-18 Mei 2016
Sekarang ini, siapa yang tak familiar dengan drama Korea terhangat, Descendants of the Sun? Kapten Yoo Si-jin, lakonan Song Joong Ki, menjadi kegilaan wanita serantau Asia, dengan perwatakannya yang gentleman dan gayanya sentiasa tampil segak dalam uniform tentera. Yang menambahkan aura konfiden hero drama ini? Jam tangan Breitling melengkapkan gaya.
Kini, anda juga boleh meniru aura Kapten Yoo Si-jin.
Jenama jam mewah yang sinonim dengan gaya dan profesionalisme seorang juruterbang, Breitling melancarkan model baru Avenger Bandit di Centre Court, Suria KLCC mulai esok, 12 hingga 18 Mei 2016.
Lebih menarik lagi, untuk pertama kalinya di benua Asia, para pengunjung booth ini berpeluang untuk mencuba simulator penerbangan avant-garde Breitling. Untuk menyertai peluang ini, daftar di link ini dan lengkapkan ‘Challenge 1’ dengan scroll ke atas skrin sepantas yang mampu. Selesai cabaran ini, anda akan diberi kod QR untuk membolehkan anda mengambil bahagian dalam ‘Challenge 2’ menggunakan simulator penerbangan Breitling di Suria KLCC.
Breitling turut mempamerkan jam unggul Avenger Bandit, dan keistimewaan eksklusif akan ditawarkan untuk setiap pembelian.
Jam tangan Avenger Bandit dari Breitling
Serlahkan bakat anda melayari angkasa bersama Breitling!