The Art Of Layering: Bahasa Fesyen Buat Gen Z? - Glam Malaysia

The Art Of Layering: Bahasa Fesyen Buat Gen Z?

Benarkan konsep layering menjadi gaya bahasa buat Gen Z? GLAM kupas bagaimana teknik lapisan menjadi medium ekspresi diri, kreativiti dan identiti buat generasi muda dalam fesyen moden kini.

Dalam era kini, layering telah berevolusi daripada sekadar teknik berpakaian menjadi satu bahasa gaya yang ekspresif. Golongan generasi Z terutamanya membuktikan bahawa pakaian bukan hanya tentang fungsi, tetapi juga medium untuk mengekspresikan identiti, mood serta kreativiti. Berbeza dengan idea tradisional yang mengaitkan layering dengan cuaca sejuk, Gen Z memainkannya tanpa mengira cuaca. Daripada longline kemeja nipis dipadankan dengan tank ribbed, hingga mesh top di bawah slip dress atau hoodie yang dilayer dengan vest ringan. Setiap kombinasi bukan sekadar penampilan, tetapi naratif visual yang menyatakan personaliti dan keberanian dalam bereksperimentasi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elsa Asiah (@elsaasiah)

Trend Layering Menjadi Medium Kreatif Buat Generasi Z

Apa yang membezakan trend ini adalah sikap ‘mix without fear’ yang membebaskan? Tidak ada peraturan rigid, di mana lapisan boleh bertindih, warna boleh bersilang dan tekstur boleh digabungkan tanpa perlu rasa bersalah. Prinsip modular dressing ini menjadikan setiap helaian pakaian fleksibel dan serbaguna. Inner boleh dipadukan pelbagai cara, outer boleh menukar mood atau mengubah siluet. Layering menjadi kaedah praktikal untuk menghidupkan semula wardrobe, menambah dimensi dan mencipta ilusi proporsi yang berbeza atau dramatik, sekaligus memberikan ruang untuk individualiti tanpa pembaziran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nina Hasnul (@ninahasnul)

Dari segi estetika, layering ala Gen Z membuka ruang untuk bermain dengan dimensi, tekstur dan warna. Padanan seperti dress dipadankan tali pinggang, tee digabungkan dengan bike jacket atau skirt yang disarung bersama seluar denim, malah gabungan fabrik dan corak bercetak yang kontras atau lapisan warna yang bersahaja, ternyata mampu menjadikan setiap outfit tampak effortless namun kaya dengan karakter. Ia adalah cara halus untuk mempamerkan gaya yang tampak cool tanpa perlu terlalu diatur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maya Letisha (@letishaaaa)

Namun dari sudut yang lain, trend ini sebenarnya selari dengan nilai yang semakin penting bagi generasi muda. Di mana,  sustainability dan kreativiti dalam gaya ternyata sesuatu yang relevan bagi mereka. Dengan konsep layering, pakaian lama dapat diberi nafas baharu, digabungkan dengan helaian lain untuk menghasilkan look yang segar, sekali gus mengurangkan pembelian impulsif. Layering menjadi simbol keberanian, kreativiti dan ekspresi diri dalam bahasa fesyen Gen Z, lantas memancarkan statement pada gaya. Ia bukan hanya tentang apa yang dipakai, tetapi bagaimana ia disusun, dikisahkan dan diolah dalam cara yang nyata bijak.

See also
Gaya Karpet Merah Boleh Membinasakan

Artikel berkaitan: “Urban Layering”, Ekspresi Utama Onitsuka Tiger Musim Luruh 2023

Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan berita fesyen terkini dari lokal ke antarabangsa, serta penglibatan editorial dengan nada segar yang mewakili generasi baharu dunia fesyen.