CHANEL Kembali Ke Singapura Untuk Pertunjukan Replika Cruise 2025/26 - Glam Malaysia

CHANEL Kembali Ke Singapura Untuk Pertunjukan Replika Cruise 2025/26

Lebih sedekat selepas kemunculan sulungnya di Dempsey Hill di Loewen Cluster oleh Karl Lagerfeld pada 2013. Chanel kembali ke Singapura untuk debut pertunjukan replika Cruise 2025/26.

Replika Cruise 2025/26

Kunjungan kali kedua CHANEL ini dipersembahkan di Raffles Hotel yang bersejarah, lokasi istimewa ini sesuai dengan inspirasi utama Cruise 2025/26   yang sebelum ini dipertontonkan di Villa d’Este  yang terletak indah di Lake Como, Itali. GLAM antara rakan media eksklusif yang dijemput ke pertunjukan intimasi replika Cruise 2025/26 di Singapura.

Pengarah Kecantikan GLAM, Julia Azman hadir untuk GLAM di Singapura. Kembara selama empat hari cukup menggambarkan perjalanan santai dan relaks. Setiap itinerari disusun rapi agar kami dilayan seperti selebriti A-list dari layanan VVIP di Lapangan Terbang Changi hinggalah ke sesi urutan badan oleh spa eksklusif di The Singapore Edition. “Benar, saya relaks sebelum ke acara yang dinanti-nantikan!”

Legasi Gabrielle Chanel: Kelahiran Konsep Cruise

Hotel mewah menjadi tempat pertemuan untuk wacana santai di mana lobi tersergam megah dan mencipta ruang peribadi hanya. Dengan berilhamkan gaya cosmopolitan dan suasana hotel, Gabrielle Chanel mencipta koleksi Cruise  pertama pada akhir 1910-an, ianya hanya dipersembahkan secara tertutup dan taiada dalam jadual fesyen bermusim. Hanya direka khas untuk pelanggan yang gemar mengembara ke destinasi seperti Riviera atau Alps, dan bersantai di atas kapal pesiaran. Berpisah daripada himpunan mengikut musim, konsep Cruise bermakna ‘Modern Escape’ untuk individu dan tidak ada yang sama dari musim couture.

See also
Gema Chanel Couture Musim Bunga 2025

Chanel Replika Cruise 2025/26

Menjelang awal 1930-an, koleksi Cruise telah menjadi sinonim dengan Chanel yang digambarkan sebagai chic, rekaan yang ringkas dan ringan sesuai untuk percutian tropika. Koleksi Cruise telah dihidupkan semula pada 1983 di bawah kepimpinan Karl Lagerfeld dan dipersembahkan dengan identiti dan persembahan tersendiri, sentiasa di lokasi baharu yang mencerminkan semangat perjalanan dan penemuan.

Chanel Replika Cruise 2025/26

Untuk koleksi Cruise 2025/26, rumah fesyen ini memilih Villa d’Este di Lake Como, dibina pada 1568 dan terkenal dengan dalaman Renaissance yang kaya dan taman yang subur. Pembuat filem Sofia Coppola telah ditugaskan untuk mengarahkan filem pendek yang tentang Chanel Cruise yang dibintangi oleh model Ida Heiner. Merentasi daratan, air, dan laut, koleksi replika Cruise 2025/26 Chanel di Singapura sebagai satu lambang ‘Modern Escape’, di mana kembara kosmopolitan disulamai dengan semangat kebebasan dan tropika.

Inspirasi Ruang Peribadi Untuk Wanita

Chanel Replika Cruise 2025/26

 

Bayangkan diri anda berada di tepian persisiran pantai, sambil tubuh dikaburi dengan helaian sutera mewah, terasa ringan, tiada bebanan yang ada hanyalah ketenangan, kedamaian. Koleksi Cruise 2025/26 ibarat persalinan impian anda, dari ilham persalinan siang hingga ke malam cetus mood berbeza.

See also
5 Beg Ini Boleh Digaya Setiap Masa,Tidak Kira Situasi

Kala peragawati melangkah ke landasan, koleksi bermula dengan ilham pakaian malam yang ditaburi dengan kilauan jemeki mewah bab sinaran pancaran matahari. Sut seluar dan pyjama malam dalam pilihan fabrik tweed lembut pilihan sempurna. Diikuti dengan siluet  lamé oren  yang membangkitkan mood santai, gaun potongan peplum pendek berjalur merah jambu dan jingga serta gaun taffeta dalam interprestasi vintaj elegan.

Chanel Replika Cruise 2025/26

Peragawati Malaysia, Suganya di landasan peragaan Chanel Replika Cruise 2025/26

Cruise 2025/26 hadir dengan palet yang cerah dan motif bunga renda atau cetakan ledakan utama kod pelayaran klasik. Rekaan celana putih lurus, kot pea dan motik jaluran nautika mengekalkan daya tarikan santai. Tidak sempurnalah percutian pelayaran tanpa pilihan selendang satin sutera sebagai aksesori tambahan.

Raye

Kota Singapura Ditawan Raye, Tilda Swinton, Becky Armstrong

Bulan dan bintang menjadi saksi apabila pelakon terkenal yang juga pemenang Oscar dan Duta Chanel, Tilda Swinton hadir memeriahkan acara di Singapura. Bukan itu sahaja, ramai selebriti dari beberapa negara Asia turut hadir bersama meraikan kemeriahan Chanel Cruise 2025/26. Antaranya Becky Armstrong, Gemini Norawit, Liza Soberano dan Baipor Thitiya. Kejutan buat tetamu yang hadir sebelum malam berakhir, persembahan langsung oleh penyanyi British yang juga pemenang anugerah Grammy, Raye. Vokalnya penuh jiwa melantun dewan utama Raffles Hotel.

See also
10 Detik Fesyen Terbaik Marilyn Monroe Sepanjang Zaman

 Artikel berkaitan CHANEL Tampil Solekan Kosmik Untuk Holiday 2025

 

 

 

 

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan