Bila Fesyen Jadi Mesra Alam: 8 Jenama Baharu Curi Tumpuan di NYFW & LFW
Apabila lampu pentas menyala di New York Fashion Week, biasanya tumpuan terarah kepada glamor, selebriti dan gaya mewah. Namun, musim ini hadir satu kisah berbeza. Ada sentuhan tulus yang melatari koleksi terpilih termasuklah cerita tentang kelestarian, komuniti, dan bagaimana produk mesra alam boleh mengubah cara kita melihat fesyen.
Fenomena ini selaras dengan kesedaran global terhadap isu iklim, ketidaksamarataan sosial dan kesan industri terhadap bumi. Sama seperti restoran yang mula mengutamakan bahan tempatan dan meminimumkan plastik, dunia fesyen juga semakin mempraktikkan produk mesra alam dalam setiap rekaan.
Bukan lagi sekadar nama besar, tetapi label kecil dan pereka baharu kini lebih lantang bersuara. Mereka membuktikan bahawa fesyen boleh jadi minimalis tetapi penuh empati, berani bereksperimen sambil kekal lestari, dan masih sarat dengan mesej sosial.
Mengapa produk mesra alam jadi fokus fesyen antarabangsa?
Kesedaran iklim dan peranan fesyen
Industri fesyen dianggap salah satu penyumbang besar pencemaran. Dengan menggunakan fabrik kitar semula, mengurangkan bahan kimia dan memanfaatkan kreativiti tempatan, pereka ingin menunjukkan bahawa produk mesra alam bukan sekadar trend, tetapi masa depan industri.
Perbandingan dengan restoran dan gaya hidup mesra alam
Sama seperti restoran yang beralih kepada menu sihat dan bahan organik, fesyen juga sedang melalui fasa transformasi besar. Fesyen kini bukan sahaja soal gaya, tetapi tentang identiti, tanggungjawab sosial melalui produk mesra alam.
Jenama kian naik dengan koleksi fesyen produk mesra alam
Sloan

Kredit foto: Instagram
Menurut Forbes, Sloan membuka siri presentation di NYFW musim ini. Label ini berasaskan produksi kecil dengan artisan Mexico, memberi peluang kepada wanita tempatan bekerja dari rumah secara fleksibel. Rekaannya menekankan empati dan nilai kemanusiaan, sambil membuktikan fesyen elegan boleh berpaksikan produk mesra alam.
Collina Strada

Kredit foto: jtdapperfashionweek
Collina Strada terkenal dengan persembahan penuh warna dan mesej kesedaran iklim dalam rekaannya. Jenama ini menggunakan upcycling serta bahan rendah impak. Identiti mereka ialah mencipta koleksi inklusif, kreatif dan tetap lestari.
Maria McManus

Kredit foto: media.thecoolhour
Diasaskan pada 2020, Maria McManus menekankan prinsip “kurang air, kurang bahan kimia, kurang sisa.” Koleksinya berupa essentials mewah yang diperbuat daripada fabrik lestari, termasuk kapas organik dan bahan kitar semula, selaras dengan nilai produk mesra alam.
Private Policy

Kredit foto: Instagram
Private Policy mendekati setiap koleksi produk mesra alam seperti penerbitan majalah, lengkap dengan naratif tersendiri. Tema terdahulu termasuk isu perkauman terhadap komuniti Asia dan hubungan manusia dengan alam.
Endless Runway

Kredit foto: designscene
eBay kembali dengan konsep Endless Runway di London Fashion Week, termasuk edisi New York Fashion Week pada 10 September dan London pada 18 September lalu. Semua koleksi boleh dibeli secara langsung melalui eBay Live, menampilkan kerjasama dengan pereka yang mengutamakan produk mesra alam.
Patrick McDowell

Kredit foto: designscene
Patrick McDowell berpaksikan prinsip circular, menghasilkan koleksi edisi terhad daripada fabrik deadstock dan bahan rendah impak. Ini menunjukkan betapa lestari alam boleh tampil eksklusif tanpa menjejaskan gaya.
Ahluwalia

Kredit foto: image-cdn.hypb.st
Ahluwalia menonjolkan koleksi yang diinspirasikan warisan India, Nigeria dan akar London. Jenama ini menggunakan pakaian vintage serta surplus clothing untuk menekankan prinsip circular, sekaligus mengangkat fesyen mesra alam ke peringkat global.

Kredit foto: londonfashionweek.co.uk
Dinobatkan sebagai “sustainability trailblazer” oleh Vogue, Tolu Coker mengangkat etika, inklusiviti dan perubahan sosial. Sebahagian besar koleksinya dihasilkan daripada deadstock di London, membuktikan bahawa produk mesra alam mampu mendefinisikan masa depan fesyen.
Trend Fesyen Lestari 2026
Pentas fesyen di New York dan London musim ini menjadi bukti bahawa fesyen bukan sekadar gaya, tetapi juga refleksi tanggungjawab sosial. Jenama-jenama yang tampil bukan hanya memperkenalkan rekaan baharu, tetapi juga mengajak penonton berfikir semula tentang makna sebenar fesyen.
Fesyen mesra alam kini dianggap sebagai masa depan industri, bukan lagi sekadar trend. Ia adalah asas kepada gaya hidup hijau yang lebih inklusif dan lestari.
Patutkah Lebih Banyak Jenama Ikut Jejak Produk Mesra Alam Ini?
Dari New York ke London, pentas fesyen memberi isyarat jelas bahawa kelestarian semakin menjadi tunjang utama. Koleksi-koleksi ini membuktikan gaya boleh bersatu dengan tanggungjawab sosial dan alam sekitar dengan produk mesra alam sebagai nadi utama.
Artikel berkaitan: 4 Pasangan ‘Power Couple’ Curi Tumpuan di NYFW26
Farhana Fuad
Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.

