Revolusi Baharu La Beauté Louis Vuitton - Glam Malaysia
Revolusi La Beauté Louis Vuitton

Revolusi Baharu La Beauté Louis Vuitton

Kejutan yang menggemparkan! Louis Vuitton akhirnya membuka laluan baharunya dalam dunia kecantikan! Dengan kehadiran, Direktor Kreatif Kosmetik, Dame Pat McGrath bakal memimpin revolusi estetika yang mengubah definisi kecantikan mewah.

Merentasi Dunia Kecantikan Louis Vuitton

La Beauté Louis Vuitton

Di bawah pimpinan ikon dan pakar solekan Dame Pat McGrath, Louis Vuitton ternyata memberi kejutan luar biasa! La Beauté Louis Vuitton bukan sekadar barisan produk kosmetik, ia adalah satu manifesto seni yang membawa kepada kisah menarik dan punya keanggunan tersendiri.

La Beauté Louis Vuitton bakal membuat debut pertamanya pada musim luruh 2025. Dame Pat McGrath yang pernah menyandang gelaran “The Most Influential Makeup Artist in the world,” dipilih sebagai Direktor Kreatif Kosmetik Louis Vuitton yang bertanggungjawab untuk memastikan setiap konsep dan himpunan mencipta evolusi luar biasa.

Dame Pat McGrath

Kembali menyingkap kisah perjalanan kecantikan Louis Vuitton, sejak diasaskan, pernah mereka bentuk kotak rias mewah untuk membawa barang kosmetik dengan inovasi. Pada 1920-an, Louis Vuitton pernah juga menampilkan kompak serbuk, berus, dan cermin mewah. Dua contoh istimewa dari 1925 termasuk kit Le Milano untuk soprano Marthe Chenal dan set alat solek untuk komposer Jan Paderewski. Beg tangan pertama mereka direka khas untuk membawa barang kosmetik harian wanita.

See also
GLAM Deko Tips - 9 Item Kamar Mandi Perlu Diganti

La Beauté Louis Vuitton

Dari arkib tersembunyi Louis Vuitton, cerita kecantikan ini bermula sejak 1920-an, apabila kotak rias mewah dan kompak serbuk pertama dicipta. Kini, dengan sentuhan McGrath, sejarah bakal ditulis semula dengan menaikkan ciptaan kecantikan mewah.

Dengan pelancaran ini, Louis Vuitton sekali lagi membuktikan bahawa kemewahan itu tiada halangan malah ia merupakan kanvas tanpa sempadan untuk kreativiti yang tidak terhalang.

Artikel berkaitan Transformasi Mewah Arca Seni Louis Vuitton Les Extraits