Michelle Trachtenberg "Georgina Sparks" Dari Gossip Girl Meninggal Di Usia 39 - Glam Malaysia
Michelle Trachtenberg "Georgina Sparks" Dari Gossip Girl Meninggal Di Usia 39

Michelle Trachtenberg “Georgina Sparks” Dari Gossip Girl Meninggal Di Usia 39

Aktres Amerika, Michelle Trachtenberg ditemui mati oleh ibunya pada 26 Februari 2025, jam 8 pagi apabila tidak sedar di pangsapuri miliknya. 

Memulakan kariernya sebagai bintang kanak-kanak dalam rancangan Buffy the Vampire Slayer, Michelle Trachtenberg ditemui tidak sedar di pangsapurinya pada pukul 8 pagi kelmarin oleh ibunya. Tahun lepas, pelakon itu menjalani pembedahan pemindahan hati tapi kemungkinan badannya tidak mampu menerima prosedur itu.

Trachtenberg telah memuat naik beberapa siri foto membimbangkan di Instagram dalam beberapa bulan kebelakangan ini, di mana dia kelihatan cengkung dan lemah. Ini menyebabkan beberapa peminat memberi komen tentang penurunan berat badannya yang mengejutkan atau bertanya sama ada dia mengambil dadah.

Pada Januari lalu, Trachtenberg memberi respons kepada kebimbangan peminat dengan mengatakan bahawa dia “gembira dan sihat” serta tidak pernah menjalani pembedahan plastik. Dia kelihatan memuatnaik semula gambar-gambar lamanya sebagai throwback di akaun Instagramnya beberapa minggu ini.

Tranchtenberg dilahirkan di New York City pada 11 Oktober 1985 dan dibesarkan di Sheepshead Bay, Brooklyn. Peranan pertamanya datang pada usia 9 tahun dalam siri klasik Nickelodeon tahun 1990-an, “The Adventures of Pete and Pete,”. Dia melakonkan watak rakan pelik, Nona F. Mecklenberg. Dia kemudian membintangi pelbagai filem dan rancangan yang ditujukan untuk kanak-kanak. Dia kemudian membuat debut filemnya dalam “Harriet the Spy” pada tahun 1996, di mana dia memainkan watak utama.

See also
Mengejutkan! Finding Your Roots Bongkar Susur Galur Joe Manganiello

Ketika semakin dewasa, Tranchtenberg melakonkan watak Georgina Sparks di dalam siri popular Gossip Girl sepanjang enam siri itu berlangsung. Watak jahatnya di dalam siri itu disukai penonton apabila digelar sebagai ikonik. Ed Westwick dan Chace Crawford turut berkongsi gambar bersama mendiang sambil mengucapkan takziah buatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Chace Crawford (@chacecrawford)

Michelle Trachtenberg

Pautan Berkaitan: 5 Filem Lakonan Pelakon Muda Dalam Kenangan, Kim Saeron